Friday, 20 September 2013

Kembara Brunei - Gadong

Sepanjang aku berada di Brunei... Hanya 2 kereta je yang aku naik... Mazda Hatchback milik C dan juga Porsche milik KTM... He He He... Disebabkan KTM tak ada jadi dia suruh anaknya J untuk bawa kami jalan2 dengan Porche ni... Ko mampoooo? He He He... First time dalam hidup aku ni laa Porsche pertama yang aku naik... Porsche ni simple aje tapi mempunyai sistem yang agak best... Tempat duduk pon selesa... Laju? Boleh tahan... Nak terobang den! Apa lagi... Mari kite poyo dengan kereta orang... Keh Keh Keh...

Aku nak citer skit pasal J... J lahir di Brunei... Dia bukan aje pemandu pelancong kami sepanjang berada di Brunei ni... Tapi... J ni artis Brunei ok... Ko adoooo drebor seorang artis? Kah Kah Kah... Tak percaya? Tak percaya sudah! Ada aku kesah??? Kah Kah Kah... Dia ni penyanyi group... Nama group dia And**meda... Dia ada album lagu... Nyanyi lagu Melayu lagi... Lagu2 dia most top chart di radio Brunei... Masa dalam kereta kami sempat jugaklah dengar lagu dia dimainkan kat radio... J ni suka music... Semua genre music dia layan... Sepanjang jalan dia bukak lagu Melayu dan nasyid... 

Lihatlah wajah2 poyo melaram dalam kereta orang... Dah macam Bangla dan Nepal poyo kat Teksi Malaysia... Kah Kah Kah... Now we all switch the place... He He He....

Ok stop story mory about kereta dan artis... Pepandai koranglah untuk berteka teki sendiri... He He He... Kita masuk bab apa yang ada kat Brunei ni... Jom aku bawak korang ke Gadong... Apa yang ada kat Gadong? Gadong ni sebuah tempat pelancongan yang agak sibuk jugaklah hingga waktu malam... Pekan kecik aje... 


Ada beberapa shopping complex seperti Mall dan Jaya Centrepoint Hypermarket bersebelahan dengan The Centrepoint Hotel... Aku sempat shopping t-shirt kat dalam tu... Baju aku dibungkus macam bungkus nasi lemak... Mereka tak ada bag plastik atau bag kertas... Tapi balut2 pakai kertas... Ha Ha Ha... Tak surelah kalu pada hari kami ke sini adalah hari 'no plastic'... Bukan ke dia boleh aje offer beli plastik... Aku rasa janggal... Adakah aku sedang berada di zaman 20an... He He He... Memang pelik tapi itulah kebenarannya...

Kami ke bahagian bawah Jaya Centrepoint Hypermarket ni... Beli barang makanan... Kat sini ada plak plastik... Kalu tak susah gak nak angkot barang... Macam2 kami borong... Fridge Magnet murah ada kat ground floor... Cuba perhatikan apa yang korang nampak kat bag plastik ni? Tulisan Jawi, Rumi dan Cina... He He He...

Seperti kita semua sedia maklum... Brunei ni adalah sebuah negara Islam... Dan 99% rakyatnya berbangsa Melayu dan Islam... Walaupun bangsa selain Melayu seperti Cina telah lama tinggal atau lahir di Brunei ni... Mereka tetap tak akan dapat jadi warganegara Brunei even 7 keturunan sekali pon... Melainkan jika mereka berkahwin dengan orang Brunei... Jika tidak.. Mereka hanya layak pegang taraf PR sahaja... 

Sultan Brunei memegang kuasa secara mutlak... Sebahagian hudud dijalankan di negara ini... Dari apa yang aku baca kat notice board Jaya Centrepoint Hypermarket ni... Mereka akan tutup operasi bila masuk waktu sembahyang jumaat... Dan most kedai pon akan buat perkara yang sama... Tulisan jawi masih dikekalkan di mana sahaja... Termasuklah bangunan... Bagus kan?

Walaupun Brunei ni boleh dikatakan agak ketinggalan dari segi pembangunan... Aku rasa 30 tahun ketinggalan kot... Namun... Islam tetap tak lapuk ditelan zaman... Dari hari pertama hingga nak balik dari Brunei ni... Most perempuan pakai tudung... Adalah satu dua ketul yang free hair... Kalu nak tahu macamana fesyen kebanyakan wanita Brunei ni kena tengok permaisuri Brunei... He He He... Wanita Brunei ni most gemok2... Bagi mereka kalu jadi isteri kena badan berisi kalu tak orang akan kata suami tak reti nak jaga isteri... Tak cukup kasi makan... Ye ke? He He He...

Gadong ni pon tak ubah macam pekan kecik yang ada di Malaysia kot... Tak ada pencakar langit melangit kat Brunei ni... Jangan ko impikan seperti bulan dan bintang di sini... Memang tak ada... Ha Ha Ha... Even barangan yang dijual pon hampir tak ada apa yang menarik perhatian... Most barangan pon datang dari Indonesia dan Thailand... Ada yang dah nak hampir pupus dan ketingalan tapi masih dijual di sini... Jarang ada product Brunei... Even barangan branded pon langsung tak ada... Most mereka yang suka branded dan up todate akan shopping keluar negara seperti Singapore...

Tak jauh dari Mall ni... Kena lintas jalan... Ada satu kedai souvenir yang lebih murah... So, bolehlah korang borong souvenir kat situ... 

Dalam Mall ni boleh tembus ke hotel lain.. Sorry aku lupa nama hotel ni... Gambar hotel ni pon nyaris aku nak buang ke tong sampah sebab gelap gelita... Godeh punya godeh akhirnya berjaya gak aku recovery gambar ni... Kesimpulannya... Jangan buang gambar sesuka ati sebab mungkin gambar yang kita nak buang tu adalah gambar yang berharga untuk dikenang... Hu Hu Hu...

Sempat lepak2 minum petang kat Cofee Bean dalam Mall ni... Jemput tengok... He He He...

Selain dari Mc Donald... Terdapat rangkaian Restoran makanan segera seperti Jolibee ada di sini... Aku sempatlah test food kat sini... Not bad laa... 

Sambil makan sempat jugak aku baca surat khabar... Surat khabar Malaysia pon dijual kat Brunei... Ha Ha Ha... Agaknya dah tak ada berita sangat dah kat Brunei ni sampai berita negara lain pon mereka nak amik tahu... He He He... So, orang Malaysia... Perangai tu bior elok... Negara lain sedang memerhatikan kita...


Kisah Bersambung...


Entry Sebelum :

Kembara Brunei - Flight

No comments:

Post a Comment

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...