Wednesday, 16 October 2013

Kembara Brunei - Kuala Belait

Hari ni aku teringan tangan untuk sambung menaip pasal Kembara Brunei yang tergendala sekian lama... Al-maklum mood kemalasan semakin hari semakin menebal... Bila dah malas maka entry aku akan semakin pendek dan padat.. He He He...

Kali ni aku nak cerita kisah hari kedua aku di Brunei... Aku mulakan kisah Kuala Belait... Untuk ke Kuala Belait ni dari Gadong mengambil masa teramat lama... Lebih kurang 1 jam perjalanan... Itu kalau naik Porsche... Kalau naik kancil sekali gandalah kot masa yang diambil... He He He...

Sepanjang jalan ke Kuala Belait ni... Tidak ada apa yang menarik perhatian aku... Walaupun jalannya adalah highway... Dan J amik kesempatan untuk pecut laju... Kadang meter menunjukkan jejak 160 km/j... He He He... Sempatlah kami lelapkan mata untuk sampai di Kuala Belait tu...

Sebelum sampai Kuala Belait... Kami akan lalu Kota Seria dahulu... Kota Seria ni adalah tempat memproses hasilkan minyak... Kawasannya nampak biasa dan terpencil aje... Siap semak samun lagi... Tidak seperti di Malaysia di mana kita boleh nampak tangki2 minyak yang besar dan gah... Di Brunei ni aku nampak stesen minyak shell aje yang banyak... I like Shell! He He He... Harga minyak di Brunei adalah jauh  lebih murah dari Malaysia iaitu BND 50 sen sahaja seliter...

Sampai aje Kuala Belait... J bawak kami ronda2 dengan kereta kat bandar Kuala Belait ni... Tak turun kereta pon sebab tak ada apa yang menarik kat bandarnya... Sunyi dan langsung tak nampak orang berjalan2... Huh! Dah macam bandar Zombie plak... He He He... Tak ada bangunan yang tinggi2 di sini... Paling tinggi pon Riviera Hotel... 

Riviera Hotel ni terletak di tepi laut... Sunyi dan sepi seolah tiada penghuni... Sempat gak lah nak tumpang toilet kat sini... Itu pon berkunci... Nak masuk kena mintak kunci kat recep... Leh bayang tak betapa kunonya... He He He... 

Ditambah lagi... Hanya kami saja yang duduk makan di restoran Riviera ni... Makan kat sini memang sedap... Tapi... Lambat nak mampos serve kami... Untuk pengetahuan korang lah... Orang2 Brunei ni tak heran kot pada pelancong... Mereka tidak ada sense of urgency... Ko nak ko tunggu ko tak nak ko blah... Camtulah secara ringkasnya dapat aku gambarkan sikap mereka... Nak buat hidangan kami ni memakan masa teramat lama... Padahal ni restoran hotel ok... Hadoi lah... Agaknya nak tunggu minyak negara ko kering agaknya baru nak hegeh cari duit makan dari orang luar... Seriously dorang tak peduli ko punya duit!

Kami menikmati suasana petang di sini sambil makan nasi beriyani... Banyak giler sekali datang... Bayanglah satu pot tu sepatutnya boleh kongsi bertiga tapi kena makan sorang satu... Ha Ha Ha... Banyak dan kenyang giler!


Lepas makan... Kami bergerak balik... Tapi sempat singgah di pantai... Just sight-seeing... Menikmati pemandangan waktu petang kat sini...Tak berapa indah... Sebab banyak giler sampah... Ha Ha Ha...

Jalan kat sini agak busy dan ramai orang... Macam2 jualan ada kat sini... Kami tak beli apa2.. Just tengok2 aje... 


Paling menarik perhatian aku adalah sayap, tungking ayam dan hati buyah... So classic perkataan tu... Ha Ha Ha...



Kisah bersambung...

Entry Sebelum :

Kembara Brunei - Flight

No comments:

Post a Comment

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...