Tuesday, 12 November 2013

Kembara Halal- Malay Village Restaurant

Hari ni 11 November 2013... Hari ni aku dan HH berpuasa... Mood malas nak masak.. Jadi kami decide makan kat luar... Memula pening cari idea nak makan kat mana... Last2 aku kata pada HH... Jom kita ke Malay Village Restaurant... HH pon setuju... Jadi, kami pon gerak ke sana...

Ni adalah kunjungan aku yang kedua... Masa first dulu... Aku dan HH bawak mak, akak dan abg ipar aku ke sini... Malay Village Restaurant ni terletak tak jauh dari Taman Nong Chik... Restaurant ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan... So, sesiapa yang berminat nak mencuba makanan di sini bolehlah dapatkan info lanjut kat web restaurant ni sendiri Malay Village Restaurant

Tepat jam 18:52 masuklah waktu berbuka puasa... Azan magrib boleh didengari dari sini sebab terdapat masjid yang tak jauh dari restaurant ni... Kali ni... Menu kami adalah Penang Cha Kuew Tiau... So, apa ditunggu lagi... Cekik kasi habis... Jemput tengok... He He He...




- XOXO -