Thursday, 18 February 2016

Kembara Xi'an - Terracotta Army Pit 3

Entry sebelum boleh terajang kat SINI...


Dah melihat lihat keindahan buana di Pit 2... Aku merambu pegi Pit 3.. Agak jauh skit menapak... Bertapak tapak kaki aku berjalan... Ha Ha Ha...

Saat ini orang dah berpusu susu memenuhi setiap ceruk di Terracotta Army Mastura ni...
* Sebut betul betul... Teracotta ye.. Bukan Tarakucha... He He He...

Jom! Kita terjah! Tapi... Tapi... Tapi... Sebelum tu... Aku nak jawap beberapa pertanyaan para reader ku yang tersayang berkenaan Terracotta Army ini...



Soalan : I have a feeling yang patung-patung tu bergerak waktu malam.. Macam night at the museum giteww.. Haha.. Looking at counter ticket semua tu, memang kurang english information eh?
Jawapan : Honestly... SS pon ada same feeling patung2 dalam citer Night at Museum... Ha Ha Ha... English Information ada tapi memang kurang... 

Soalan : Adakah ianya manusia asal yang telah disumpah? Atau itu adalah replika yang dibina semula seperti zaman dulu kala...
Jawapan : Patung ni bukan disumpah macam citer Malin Kundang... Ha ha ha... Patung tu memang patung... Bukan pepatung atau sesumpah... Keh Keh Keh... 

Soalan : Tu mmg orang betul yg di awet kan?
Jawapan : BUKAN! Patung tu dari tanah liat!

Soalan : Patung yang pecah tu lekat pakai apa?
Jawapan : May be pakai cement kot... Tak kan nak pakai gam Faber Castle kot! Kah Kah Kah... 

Soalan : Adakah kawasan kubu pertahanan ini sebesar kawasan Porta De Santiaga seperti di Melaka..?
Jawapan : Terracotta Army ni beso bapakkkk! Luas ok.... Citer SS belum habis lagi... Ada banyak Pit... Not only 3!

Soalan : Inspecter Sahab tu hensem tak... Ada macam SRK tak?
Jawapan : Rasanya prebet sapu lagi ensem... Kah kah kah

Soalan : Kalau Askar Terracotta ni adalah Patung Tanah Liat... Macamana dia pergi berperang.. adakah ianya lagak seperti uncang pasir dlm cerita Bukit Kepong?
Jawapan : Mungkin Jins Samsudin lebih tahu... Tanah liat atau uncang pasir lebih hebat.. Jins Samsudin kena datang Terracotta ini... Keh Keh Keh...

Dahh.. Dahhh... Dahh... Jangan nak merepek! Ha Ha Ha...

Inilah Pit 3... Ada Brad Pitt tak kat sini? He He He...
Terletak kira-kira 27 meter ke barat laut dari Pit 1 pengunjung akan tiba di Terracotta Army Pit  3. Meliputi kawasan seluas 622 meter persegi, ia sebenarnya adalah kombinasi kedua-dua Terracotta Army Pit 1 dan Terracotta Army Pit 2. Terhasil dari bentuk tulisan Cina "凹",yang berukuran 19.2 meter panjang dari timur ke barat, 23.4 meter lebar dari utara ke selatan dan sedalam 15.7 kaki. 

Mata aku terpana Abby Fana nengok kuda tu... He He He...
Pakar-pakar telah membuktikan bahawa Pit 3 adalah pusat pemerintahan atau ibu pejabat untuk kesemua Pit yang lain. Artifak yang ditemui termasuk 68 pahlawan tanah liat, empat kuda dan sebuah kereta kuda yang kesemua diatur dalam susunan atur yang agak unik. Terdapat laluan landai di timur dan apabila memasuki, anda akan menemui ruang kereta kuda di mana terdapat sebuah kereta perang. kereta kuda ini mempunyai dua koridor pada kedua-dua belah sisi. sebuah bilik tepi terletak di sebelah barat koridor kiri. Di sebelah barat koridor tengah, terdapat dewan dan bilik belakang. kesemua 68 tokoh pahlawan berdiri teratur di sepanjang laluan kedua-dua belah lorong

Tu dia bergelimpangan sekali askar askar ni... Huh!
Apa yang lebih menarik adalah terdapat pelbagai jenis senjata gangsa, emas, batu dan perhiasan gangsa juga ditemui di sini. Kebanyakan senjata yang digunakan dalam pertempuran sebenar seperti lembing tembaga, pedang gangsa, dan anak panah masih dalam keadaan baik.

Unik kan? Dah macam duduk dalam puzzle...
Tetapi satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah tiada ketua komander pahlawan Terracotta. Sebenarnya, pahlawan-pahlawan Terracotta terdiri tentera perisai berdiri, pasukan berkuda, tentera berkereta kuda dan pahlawan dalam posisi duduk hormat seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sesetengah pakar berpendapat bahawa pahlawan jeneral akan mengambil tempat sebagai ketua komander di peperangan Qin.

Ada yang percaya bahawa Maharaja Qin Shi Huang sendiri adalah ketua komander dan imejnya tidak boleh ditiru, Ini adalah bagi tujuan mempertahankan maruah maharaja dan kuasa mutlak. Namun kedua-dua teka teki ini jangkaan semata-mata, dan pakar melakukan yang terbaik untuk mencari sebab sebenar.

Mengapa kebanyakan Qin Terracotta Army ditemui di Pit 3 tidak mempunyai kepala?

Dipercayai pahlawan ini memang mempunyai kepala ketika dihasilkan. Ahli-ahli arkeologi membuat spekulasi bahawa pada satu ketika terdapat vandalisme yang memecah masuk ke dalam pit dan sengaja memusnahkan pahlawan. Semasa penggalian arkeologi, seorang penduduk kampung mendedahkan bahawa dia menggali separuh daripada kepala pahlawan di bahagian selatan yang kini adalah Muzium Qin Terracotta Warriors. Beliau mengembalikan bahagian kepala dan ahli-ahli arkeologi mencari kesemua pelbagai potongan badan untuk dipadankan. Akhirnya, ia dapat dipadankan kepada badan pahlawan yang ditemui di Pit 3. Ini adalah salah satu contoh bagaimana kebanyakan kepala telah hilang di luar pit. Walaupun Pit 3 adalah lebih kecil daripada Pit 1 dan Pit 2, Ahli arkeologi menghabiskan masa sehingga 1977 untuk menggali Pit. Oleh kerana pahlawan-pahlawan ini tidak dibakar seperti di dalam lubang yang lain, pahlawan-pahlawa tanah liat yang digali dari pit ini adalah lebih elok daripada yang terdapat di dalam dua pit yang lain.

Selesai menziarah Brad Pitt... Ehhh.. Silap... Pit 3... He He He... Aku pon berjalan keluar tanpa arah... Jalan punya jalan... Aku nampak orang sibuk amik gambar kat sini... Memang lawa tempat ni...

Aku perhatikan semua orang amik gambar statik aje... Datang aku dan HH... Telah membuat onar kat sini... Apa aku buat? Aku suruh HH kaut semua daun kuning tu...
* Nasib tak terkaut tahik hanjing... Keh Keh Keh...

Kemudian lempar ke atas macam salji turun! Semua orang perhatikan gelagat kami! Pedulik! Hasilnya jadi begini... He He He...

Tapi.... Bila giliran aku bergambar sambil nak baling semua daun kuning tu... Semua gambar aku tak jadi! Mood aku tukar merundum! Yang buat aku rasa nak naik hangin tu... Bukan sebab HH tak reti amik gambar... Tapi dia malas nak layan kerenah aku...

Dia cepat nak marah bila aku suruh dia shoot berkali2... Aku diam... Tak kuasa nak bebel... Tak kuasa nak bertekak... Yes! Diam tanda aku marah!

Aku berjalan ke depan tinggalkan dia kat belakang sambil merajuk gaya Mak Tanggang nak menyumpah... Sekali aku toleh belakang... Sambil jeling jeling HH...

Tetiba... Dalam hati rasa nak gelak! Rasa kelakar pulak! Sebab.. Tup... Tup... Aku tengok.... Ramai orang pergi serbu kat tempat kami amik gambar tadi... Sambil baling daun kuning... Kah Kah Kah...

Rupanya ramai yang tiru aksi dan gaya kami bergambar... Ha Ha Ha... Siap beratur tunggu turn pulak! Tak memasal semua daun jadi berselerak! Keh Keh Keh... Daun yang tukang sapu dah longgokkan pon kena selerak jugak... Mampos tukang sapu mengamok ni kang... Ha Ha Ha...

Tatkala mood merajuk aku tak surut... HH datang pujuk... Time tu laa aku balas dendam! Amik kesempatan paw dia nak beli memacam... Padan muka HH...

Hati aku cepat sejuk bila aku dapat apa yang aku nak walaupun dengan sebatang ice krim... Senang kan? Kah Kah Kah...
* Emang dasar materialistik lorghhh... Ha Ha Ha...

Sambil lepak pujuk tu... Kami buat video... Saksikan lah video kami ini di Youtube ScdhaSein... Tengah aku nak serious... Boleh pulak si HH kat tepi buat lawak sengal... Aku tak tahan nak gelak! Ngok! Kah Kah Kah...

"Jika ingin mencari sahabat... Ujilah dia dengan membuatnya marah.. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu... Maka, Jauhilah dia".. Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya..

BERSAMBUNG..

93 comments:

  1. dah agak sure ada yg akan meniru.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Hahaa..diam tanda marah eh..kita geng..

    ReplyDelete
  3. Bestnya SS.. pergi muzium arkeologi ye? wah kalau sejarah2 ni memang best je bunyinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni kalu sejarah memang ok laa pegi... Sebab sejarah antara paling legend kat China...

      Delete
  4. yeay ada entri baru..ofcoz JM bukan komentar no 1 dlm entri ni kan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are late a few second sayang... he he he...

      Delete
  5. hahhahaha...penulisan ganaz kemain..skali bile jadi narrator..cewah..cewahhh..lembut syahdu je suara sis SS ni....awwww....hhahaha...laaarrriiikkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sora kontrol ayu..tingin nk masuk nona tb3 keee

      Delete
    2. tergoda saaaaannnnggggaaaaaattttt....suara lembut bak bayu pagi menghembus lembut di telinga...hahahah..ape lagi Sis..next pengacara Nona... ewah!

      Delete
    3. Abis laa Pengacara Nona tak boleh carik makan... kah kah kah...

      Delete
  6. haha.. kelako laa baca. ss kuat majuk ehh.. dalam hati ade taman.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipppp... Haipppp... Tak macho ok dalam ati ada taman... ha ha ha....

      Delete
  7. Fuh hamparan permaidani kuning ni memang buat ahkak tak tahan. Rasa nak guling-guling ala kuch kuch hota hei la pulak. Rasa nak berbaring dihamparan kunig keemasan ni. hish hish hish. jeles tahap gaban ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak guling guling tu boleh... Tapi pastikan tak ada tahik kucing.. kah kah kah...

      Delete
  8. Tang ambil gambar ni kadang ahkak geram. Kita ambil bukan main cantik posisi siap suruh gaya cam ni camtu untuk dapat shot yang cantik sekali bila part tang ahkak nak posing gambar boleh goyang. Huh rasa nak nanges je. Suruh lagi pun sama hasilnya. Last-last bengang hah aku ambik balik kamera aku. Ambil gambor benda dan pemandangan cantik lagi sonang hati. Grrrrrr (rasa nak jadi hulk sekejap Opsss tak boleh nanti tayang aurat harammmm)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goyang cemana? Macam kena gempa bumi ke? Epic! Ha Ha Ha....

      Delete
  9. PArt baling-baling daun tu memang rasa nak tergelak guling-guling. hahahahaha agaknya depa tak reti pelbagai gaya posing kut. Lepas tu ambik turn lah pulak hahahahahaha lagi tak tahan ahkak golak besor ko. adeh sakit pewut gelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp Haipppp... Amboiiiiii! Gelak sakannn ehhh... Control skit.. he he he....

      Delete
  10. soalannya banyak sangat sampai buat entri hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib SS tak kopi pes soklan Ekin... Ha Ha Ha...

      Delete
    2. hahhahahahah adakah ekin tnya soalan rasanya tak ada la

      Delete
  11. ss awat tak tido atas bunga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga apa tu Ekin? Bunga Bunga cinta ke? He He He...

      Delete
    2. bunga-bunga layu didaratan hahahaha

      Delete
  12. bye2 sayang hahahhahah... syok loni boleh tengok video dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah.... syok taw boleh tengok video taw.. jangan bagitaw sis JM

      Delete
  13. Replies
    1. Malu apa nyer mak? Muka tak rela kena paw... Ha Ha Ha...

      Delete
  14. HH dah glamer dlm blog ni..takyah segan-segan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. HH dah boleh tagih royalti.. he he he...

      Delete
  15. Mana gambo SS dgn daun kuning?? takkan satu pun tak herlok?

    ReplyDelete
  16. Alamak boleh pulak dia pulangkan kepala ajee..dah apesal amik kepala aje?nak buat sihir ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak puja... Tetiba dapat mimpi suruh PULANGKAN! kot... Kena tanya misha omar laaa pulak... ha ha ha....

      Delete
  17. Wah cantiklah kat luar tapak Brad Pitt 3 tu..rumput masih hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumput ijau bukan ke normal mak? umah mak pon rumput ijau jugak.... Ada rumput kaler pink ke? ha ha ha..

      Delete
    2. Haipp dah autumn..rumput pun kuning..babap kang

      Delete
  18. Betullah SS dah kurus..muka dah lonjong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lonjong? Cisss... Kalu si bujur sirih sedap skit dengar... he he he..

      Delete
    2. Kahkahkah..puji tak ikhlas tu

      Delete
  19. cantik daun2 kuning tu! haha itulah kak, bila kita ambil gambar orang, lawa aje. bila org ambil gambar kite, tak seperti yg kite harapkan. parah camni kan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss... tangan tak bedung laa tuh kan... keh keh keh...

      Delete
  20. Replies
    1. Suka hati ..

      ha ha ha ...

      Delete
    2. Ni kes taip mesej tak appear lah ni./.

      hadoiii

      Delete
  21. dasar diva ...ada yang nak meniru

    ReplyDelete
  22. I selalu wat kawan I marah dan dia xsabaq.. ada yg blah ada yg dok mengata kat belakang.. habis semua I jauhkan..tinggallah I sebatang kera,, ehh kara... HAHA...

    *HAI kanda.. u miss me??hehe

    ReplyDelete
  23. cuba perhati patung tu betul2 mesti terjumpa brad pitt.. HAHA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brad pitt x de... See pet ada.. Hi hi hi

      Delete
  24. diam tanda marah eh? bukan diam tanda sayang?

    * ok lariiiikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah sayang cam tu... Kalu benci larikkk... Hi hi hi

      Delete
    2. Eh, bukan diam tanda setuju?!

      Delete
    3. aihhh bukan diam tandanya setuju? ahaks ;)

      Delete
    4. diam sebab ada ulser dalam mulut?

      Delete
  25. Perghhhh...sesi soal jwb dh mcm prof serba tauuuu...hahaahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda tanya... Profesor SS jawap! Profesor Serba Senget! He he he

      Delete
    2. Kihkihkih rindu kat PST terobat dengan adanya PSS :)

      Delete
    3. PSS lagi merapu! Jangan menyesal! Ha ha ha

      Delete
  26. Kalau sy jd tukang sapu tuh...sy lambung2 org yg lambung daun2 tuu...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang sapu interframe dlm video... Hi hi hi..

      Delete
  27. Kiranya aktiviti melambung daun akan masuk salah 1 aktiviti pelancongan kat situ laa nnti kan...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri aziz pon kena amik tahu... Hi hi hi

      Delete
  28. rasanya kepala2 patung tu byk diambil penduduk tempatan utk dijual . dapat bygkan muka ss marah sbb gambar tak jadi . tapi memang cantik tau main tabur daun2 tu . pas ni buat lak aksi lompat melompat utk shoot ya . kalau ada yang gugur , sendiri tanggong ! ... bahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aksi lompat tu dah basi... X larat nak lompat... He he he

      Delete
  29. pergh! trend setter ok, apa yang dibuat menjadi ikutan hahah. tuhlah memang kadang terasa jugak dengan geng travel yang kita dah beria ambik gambar cun-cun sekali gambar kita gegarlah, mata tutup lah, angle tak cantiklah hehe aduilah nasib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata tutup tu salah sendiri... Bukan yg amik photo.. Ahakssd

      Delete
  30. teringat dlm filem lara croft ada patung gerak mcm ni. serammm kalau tengah selfie dia nak gerak selfie dgn SS. serammm mak malam2 gini

    ermm jangan salahkan diri SS kalau gambar tak cantik. tukang amek gambar yg tak reti tu. daun2 maple tu asal tak bawa balik. boleh buat petanda buku hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan x nak bawak balik daun tu... Takut penunggu daun ikut sekali kang... Jenuh nk antar balik... Ahaksss

      Delete
  31. Kitaorang masa musim luruh pun buat benda yang sama :D

    ReplyDelete
  32. ooo..ada banyak pit..ingatkan 3 je..

    sib baik takde tukang sapu kat situ, kalau tak dah kena kejar dgn penyapu..hihi..

    ReplyDelete
  33. luas jugak tempat ni.....
    slalu cam tu la..kita ambek pic org cantik.. part kita plak.. failed... redha ja la.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha kita amek siap guling2 and golek2.. efek tu penting =P

      Delete
  34. saya tahu tempat ni masa Fatt (backpacker busuk) travel ke sini, masa tu kami sama2 di Beijing & die travel ke Xi'an ni sorang2.. tapi sampai skrang saya tak pernah lagi sampai kat tempat army ni..

    ReplyDelete
  35. sss... daun kuning mohabbatein tu ada bawak balik tak?

    nakkkkk

    ReplyDelete
  36. laaaa awat HH tanak layan SS.. ni mesti demand macam2 ni ahaha sampai HH penat..

    ReplyDelete
  37. alhamdulillah ritu photographer itew rajin layan itew.. ehehe.. maceh Kakak Photographer =D shoot semua lawa lawa..

    saja nak kasi brapi..

    ReplyDelete
  38. Saya pun kalau diam tu, marah la tu.. Tak pun, takde mood.....hehe

    Cantiknye daun tuuu. Bila la nak sampai negara time musim luruh niiii..

    ReplyDelete

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...