Sunday, 13 March 2016

Kembara Singapore - Peranakans Museum

Sementara aku nak nunggu ulangan rancangan Semanis Pondan kat Asteruk Ria... Oppppsss... Silap! Semanis Fondant... Keh Keh Keh...

Marilah aku up entry ringkas dulu.. Yeahhh... Semalam aku bosan! So.. Pepagi aku dah keluar umah... Merambu Singapore...

Di sebabkan awal pagi...  Jadi... Aku decide nak ke Peranakans Museum...  Saje nak membuang buang masa...  Dari aku dok melepak kangkang membuang buang angin kat umah.. Ha Ha Ha... Baik aku angkut buku merah ke seberang...

Sampai kat Woodlands... Sempat borak2 dengan Aci Imigresen... He He He... Aci Imigresen tu kata aku ni pemalu... Ye ke aku ni pemalu? Keh Keh Keh...


Directions :

1. Naik MRT North South  Line warna Merah... Atau... East West Line warna Hijau...
2. Stop di City Hall Station
3. Exit B


Nak menuju ke Peranakan Museum is very the kaching... He He He... Keluar dari City Hall Station.. Menuju ke arah kiri.. Lintas ke Coleman St.. Susur antara bangunan Funan dengan Peninsula Plaza...

U'ouls akan nampak bangunan Bomba sebelah kiri jalan seperti ini...

Terus aje... Ada beberapa museum kat sini... 

Terus hingga jumpa Peranakans Museum...

Muka Aci sebelah aku ni dah senget sebab menahan terik mentari... He He He...

Harga tiket cuma SGD 6.00 seorang..

Dapat ini...

Nak pasang tour guide pon boleh...

Jom naik lift...

HH Great Peranakans...


Sebenornya... Apa ke menda peranakan nih? Adakah sama dengan Jatuh Peranakan? Keh Keh Keh... Tak! Tak! Tak! Peranakan ni.. Atau lebih mudahnya... Baba Nyonya.. Kalu U'ouls nak tahu... Lee Kuan Yew... Perdana Menteri pertama Singapura juga adalah peranakan!

Lee Kuan Yew adalah anak lelaki sulung kepada Lee Chin Koon dan Chua Jim Neo. Datuk sebelah ibunya, Chua Kim Teng adalah seorang Peranakan Hokkien. Lee menghadiri Institusi Raffles (RI) dan menuntut dalam bidang undang-undang di Cambridge. Di London beliau terlibat dalam Forum Malaya dan penglibatan politik yang semakin meningkat ini menyebabkan beliau dan Goh Keng Swee disenaraikan dalam senarai pantau Cawangan Khas.

Sekembalinya mereka ke Singapuraa, Lee dan isterinya Kwa Geok Choo menyertai firma guaman Laycock dan Ong sebelum memulakan syarikat mereke sendiri, Lee and Lee. Beliau mengambil beberapa kes kesatuan buruh yang berprofil tinggi dan menjadi penasihat undang-undang kepada kesatuan-kesatuan, persatuan-persatuan puak dan pelajar-pelajar. Ini memberikan akses kepada orang-prang Cina kelas pekerja.  Lee menyertai Persatuan British Cina Selat dengan harpan untuk melancarkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada tahun 1954 dan menjadi setiausaha agungnya yang pertama.

Beliau memenangi kawasan undi Tanjong Pagar pada pilihanraya Dewan Undangan pada tahun 1955. Pada tahun 1959, PAP meraih kemenangan yang menakjubkan iaitu 43 daripada 51 kerusi dan Lee menjadi perdana menteri Singapura yang pertama. Jawatan ini dipegang beliau sehingga tahun 1990.

Lee berjuang untuk penyatuan dengan  Malaya pada tahun 1961, satu inisiatif yang memecah-belahkan partinya dan ini membawa kepada pembentuakan British Sosialis. Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, beliau menjadi salah satu daripada 15 wakil Singapura di parlimen Malaysia yang baru. Hubungan antara kedua-dua pihak merosot dengan pantas. Ketegangan masyarakat dan pertelingkahan politik hanya terhenti apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965.

Lee tidak pernah mengistiharkan dirinya sebagai Peranakan secara terbuka kerana keprihatinan utama beliau adalah untuk memupuk sebuah semangat identiti yang kolektif untuk egara ini yang boleh mengatasi pembahagian etnik. Namun isterinya berkata "Kuan Yew dan saya kedua-duanya datang daripada keluarga Peranakan. Tidak bertutur bahasa Cina mahupun dialek".

Lee Kuan Yew punya rambut... He He He...

Baju Lee Kuan Yew...

See Tiong Wah...

Ini Pagoda Trays... Tinggi dan besau...

Kaki babi.. Geli nak mampos!

Telefon lama...

Aku suka tengok baju kebaya nyonya ni... Unik giler... Siap ada sulaman gambar orang... Perghhh!

Ini tangkal...

Bunga emas...

Perkahwinan Baba Nyonya..

Ramai pelancong Mat Saleh datang sini... 

Budak tu membusuk kat situ.... He He He...

HH sibuk nak kumpul cop... He He He...

Ehhh... Budak peranakan ke tu? Atau Peranakan dia jatuh? Keh Keh Keh...

Dah puas meronda Peranakans Museum.. Aku masuk souvenir shop... Tapi harga souvenir mahal gilos...

Sebelah Peranakans Museum.. Ada Grafiti  Art...

Wefie... She'ouls jolok... I'ouls snap... U'ouls tengok... He He He...

Muka dah penat tapi tetap maintain kacak... Kah Kah Kah...


- XOXO -

67 comments:

  1. Singapore again!!! jeless...sebulan sekali ke SG..setahun 12x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama dgn Jay Emm... Every year Koya... 12 tahun 12x... Kih kih kih...

      Delete
    2. Sorang singapore, sorang Korea,..saya nak buat statement tak relevan di sini. Saya suka peranakan dishes! ;)

      Delete
    3. hehehe..FM...wlwpun tak relevan..statement itu kelihatan sgt comel...hahaha...

      Delete
  2. peranakan museum? sama x dengan peranakan JM ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS belum pernah tengok peranakan Jay Emm... Nanti SS compare... Ha Ha Ha...

      Delete
    2. Hahaha apa kehal nak samakan muzium dengan peranakan milikmu, Sis JM?

      Delete
    3. hahhahahahha sis JM peranakan sis JM kena tanya tok bidan

      Delete
  3. x lama lagi..buku merah tu mesti full page

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat penuh... Lagi beberapa bulan dah nak tuko baru...

      Delete
  4. YES!! SS memang pemalu!!! x banyak cakap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kantoi kat sini.. Hu Hu Hu...

      Delete
    2. hahahhaha dah kantoiiiiiii

      Delete
  5. Borak pe ngan Aci Imigresen tu...dia x percaya bila tgk gambar passport SS ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci tu dah tua.. Dah nak pencen agaknya... Dia tengok my passport... Dia pelik camne i boleh smpai china... Dan dia cakap i rajin travel... Then i said "I'm still young"... Ha Ha Ha... Then dia cakap "if my mother can say wut u say"... ha ha ha...

      Delete
    2. kenapa pelik plak klu u sampai china?

      Delete
  6. x Aci..kalau JM ke Jay Bee lagi..nak masuk Singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN LUPA MINTAK PERMITION TAU...

      HIHIHI...

      JGN LUPA AJAK JIRAN...

      EHHHH BOLEH GITU

      Delete
  7. patutlah SS sibuk...dia sibuk buat itie ke SG ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. SG tu pejam mata je Jay Emm... Ha Ha Ha

      Delete
  8. laaa peranakan is baba nyonya ke..sbb biasa dengar peranakan wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peranakan pondan ke? Semanis pondan... he he he...

      Delete
    2. pondey ada la hahhahah blogger pondey

      Delete
  9. Peranakan or Nonya cuisine comes from the Peranakans, descendants of early Chinese migrants who settled in Penang, Malacca, Singapore and Indonesia inter-marrying with local Malays and combines Chinese, Malay and other influences.

    ReplyDelete
  10. Fuhhh...mana dpt sejarah Lee Kuan Yew ni...tak bertutur bahasa cina ataupun dialek dah tu cakap bahasa melayu ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS salin balik info kat museum tu sendiri... Tak cilok dari web...

      Delete
  11. eeeee kaki babi tu eeee geli...BERKUDIS!!!!! BERKURAP..eeeee geli!

    ReplyDelete
  12. SS maintain sweet n kacak slim bergaya

    ReplyDelete
  13. Cepat2 scroll bila nampak kaki..... Geli aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa 'kaki' tu pun masuk muzium? Apa keistimewaannya?

      Delete
  14. Bangunan dia antik dan cantik berseni. Erkkk nak daun emasleh tak... ala sekeping je leh le.. buat duit jenjalan carik pasal.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Tak sempat nak baca description... Tengok pon geli... Lepas amik gambor... Chowww.... Ha Ha Ha..

      Delete
  16. wa ah kak....

    muzium kat kolumpo dah masuk ke belum?

    ReplyDelete
  17. siap tak memasal wa ah dik belajo sejarah LKY...
    HA HA HA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh... Bukan u mengantuk ke kalu baca sejarah? Ha Ha Ha...

      Delete
  18. Senang ler orang tu...bosan je larik ke seberang

    ReplyDelete
  19. Topi UK yang mahai tuu..beli ms backpack Paris ke

    ReplyDelete
  20. bestnya..bosan2 gi obersea..hihi..

    dh gi umah peranakan kt Penang...Melaka & Singapore blm lg..wahh..negeri2 Selat..

    ReplyDelete
  21. kaki tu an.. kaki tu an.. mimpi ngeri lah SN malam ni.. errrr

    ReplyDelete
  22. Haihhh jeles betul orang yang berjiran dengan Singapura ni. Bebila masa boleh pergi. hahaha

    ReplyDelete
  23. Tak de ke gambo akhir hasil HH kumpul cop tu? :)

    ReplyDelete
  24. memang tak tahu duduk diam kan.. asal leh jenjalan, singapore pun jadiklah kan.. :)

    ReplyDelete
  25. camne lah SS ni leh story sejarah panjang2...kagum ni..kalau sy, mau dah tak nampak mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sejarah benar eh... fakta amik kat museum tu sendiri...

      Delete
  26. Mak nanir org spore pon xpenah pergi sini. Ni yg kena try ni. Mcm best je. Mcm menarik je.

    ReplyDelete
  27. seronok nya eh .. melawat jiran sebelah!

    ReplyDelete
  28. kenapa kaki bab* tu ada jygak dalam muzium? barang antik ke?

    ReplyDelete

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...