Wednesday, 27 June 2018

Kembara Oamaru - Steampunk HQ

Entry sebelum jeling SINI...


Dari Moeraki Boulders maka segera lah aku pecut menuju ke Oamaru... Tapi... Dalam perjalanan... Agak membosankan... Jalan basah... Cuaca mendung jek... 

Jalan punya jalan... Maka sampailah aku di Bandar Oamaru... Bandar Oamaru ni kecik jek... Yang menariknya di sini adalah Steampunk HQ... 

Aku just saje nak menyinggah jek... Nak tengok... Apa yang ada di Steampunk HQ tu... Aku tak masuk dalam pon... Kalu nak masuk dalam kena bayar entrance... NZD 10.00 per person... Maklumat lanjut boleh refer SINI ek...

Dan aku tak spend masa yang lama pon... Hujan gerimis membataskan pengambaran We'Ouls di sini... Just amik sekeping dua gambar... Berambos... Ha Ha Ha...
Ada arah nak tengok Penguins... Tapi... Aku tak ikut arah tu pon...

Apo kobondo Steampunk ni? Moh sini aku kabo...

Steampunk adalah genre fiksyen sains yang menyeronokkan dan unik yang mempunyai teknologi berkuasa stim... Ia sering kali dibuat dalam versi pengganti, versi futuristik dari alat berkuasa stim England Victoria abad ke-19... 'Dunia menjadi gila' kerana orang Victoria mungkin membayangkannya... Contohnya adalah mesin seperti yang ditulis oleh H. G. Wells dan Jules Verne, dan dalam rancangan televisyen seperti Dr. Who...

Haa... Penat aku kopi teh kat atas tu... Kaw faham tak translation tu? Kaw sekolah tak? Kaw SRP tak? Ehhh... Dah tetiba Azwan Ali interframe pulak! Kah Kah Kah... Jangan kaw stim sudah lah ye! Ha Ha Ha... Selebihnya sila google sendiri...
* Kopi Teh = Copy Paste... Sebut macam orang tak de gigi.... He He He...

kapal selam terbang...

Tu haa Steampunk engine kat situ...

Crossing Rail Way....

Kalu akidah kaw dah terpesong... Tidak berada di landasan yang betul... Cer cuba kaw baring atas landasan keretapi pulak... Mampos terus... Keh Keh Keh...

Aku tanya Jay Emm "Yunk... Nak drive tak?"... Muka Jay Emm dah senget... Tapi... Aku paksa jugak... Muka dia cuak... Aku kata kat dia "Get experience"... Aku tak nak dia merajuk... Bising bising kalu aku tak beri dia pengalaman memandu sendiri di New Zealand...

Akhirnya Jay Emm drive jugak... Yeahhhh! Merajuk lagi tak? He He He...

BERSAMBUNG...

7 comments:

  1. Awat pelik sgt nma tempat dia..

    ReplyDelete
  2. Yeah!! JM memandu.. Mesti dah tak merajuk..

    ReplyDelete
  3. Malang nasib , blog akak dah hilang setting .catatan baru tak ada.cam Mana nak menulis entry baru ni!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang tahun SS. Semuga Allah memberkati dan merahmati perjalanan hidup SS selalu. Semuga SS diberi kesihatan yang baik.

    ReplyDelete

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...