Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang satu... Nikmatilah segala ciptaan tuhan yang sememangnya dicipta untuk kita agar kita sentiasa bersyukur dan memuji segala kebesarannya... Kita mampu untuk beli gadget yang mahal atau segala peralatan yang canggih... Tengok sahaja harga handphone atau tablet yang mencecah ribuan ringgit... Tapi pernah tak terfikir diminda bahawa dengan perbelanjaan yang sama mampu untuk membawa kita terbang jauh di awan sana?...
Jadi, hari ini... Aku nak kongsikan beberapa tips yang boleh dimanfaatkan bersama... Sebenarnya... Pada aku... Kalau aku berpeluang sekali lagi untuk setakat nak menjejakkan kaki ke Perth, Australia ni... Kadar paling minimum penjimatan berganda yang aku dah congak adalah kurang dari RM2,000 seorang untuk 3 malam... Tiket beli dengan Air Asia, Visa ETA buat kat travel agency, Stay secara backpacker, Shuttle Airport dengan Orange Connect, Makan atau shopping secara sederhana dan public transport (Cat Bus) untuk meredah kota terpencil di dunia ini adalah PERCUMA... Enough!... Tips selebihnya adalah seperti berikut...
No-01 : Passport
Korang kenalah ada passport... Pastikan passport korang valid 6 bulan sebelum tarikh
luput... Kalau dah luput tu... Kenalah cepat2 renew... Kalau tak sempat nak renew tetiba ada
flight offer murah... Jangan risau... Details berkenaan passport boleh diupdate kemudian...
Bebaru ni kerajaan ada umum kadar baru yang lebih murah untuk renew passport dalam
Bajet 2013... Untuk tempoh 5 tahun... Cuma bayar RM 150.00 dari RM 300.00... Dan untuk
tempoh 2 tahun... Cuma bayar RM 80.00 dari RM 100.00 yang dikenakan sebelum ni... Bila
dah berada di Perth... Bawalah passport bersama walau ke mana sahaja kita pergi... Jangan
sekali-kali tinggalkan passport di Hotel...
No-02 : Musim
Musim yang sesuai untuk ke Perth adalah musim bunga... Sangat awesome... Nak merasa
musim lain pon boleh... Ikut citarasa masing2... Kalau nak pergi eloklah pergi pada hari
jumaat, sabtu dan ahad... Kerana Perth lebih meriah pada hari2 tersebut...
No-03 : Booking tiket kapal terbang ke Perth...
Bookinglah pada waktu offer... Terutamanya Air Asia... So far Air Asia menawarkan harga
paling rendah... Biasanya Air Asia akan iklankan tiket murah melalui facebook, web atau
menghantar email kepada yang berdaftar... Sesiapa yang belum pernah daftar boleh lah
daftar dulu... Kemudian baru boleh berangan.... Biasanya tarikh booking BIG SALE adalah
pada 15 Februari 2012 - 19 February 2012 untuk travel pada 11 September 2012 hingga
31 Januari 2013... Rancanglah percutian korang dengan sebaiknya...
More info : http://www.facebook.com/AirAsia
No-04 : Hotel di Perth...
Kalau boleh... Staylah di tengah bandar... Sebab senang nak ke mana2... So far yang terbaik
adalah Hotel atau Backpacker kat Hay St... Biasanya harga hotel adalah berbeza mengikut
musim... Harga hotel pada musim bunga adalah agak mahal... Memang berbunga2
harganya... He He He...
More info : http://www.agoda.com.my/ atau http://www.booking.com
No-05 : Airport Shuttle...
Kalau nak senang dan murah... Boleh naik Orange Connect Shuttle... Boleh booking siap2
atau beli tiket bila sampai airport... Tapi kalau nak senang adalah lebih
baik korang booking siap2... Tukarkan voucher kepada tiket... Jimat masa... Sebab flight
pon pagi... Booth bukak pon lewat... Kalau nasib korang baik, driver akan accept
voucher tanpa menukarkannya kepada tiket...
More info : http://www.perthairportconnect.com.au
No-06 : Tour...
Ada banyak tour boleh dibeli di Perth... Tapi sebaiknya... Bookinglah awal2... Kalau nak
beli direct kat sana pon boleh... Pergilah kat Barrack jetty...
More info : http://www.valentinoholidays.com.au/
No-07 : Visa ETA
Nak enter Australia ni memang kena ada Visa... Kalau buat melalui web... Kadar charge
adalah agak mahal... In AUD... Ada a few web yang sediakan perkhidmatan buat visa...
Dan pembayaran adalah melalui Kad Kredit... Boleh buat on the spot sebelum flight...
Tapi aku nasihatkan buat lah visa awal... Boleh contact mana2 travel agency di Malaysia
saja... Biasanya kalau buat dengan travel agency lagi murah dalam RM 20.00 - RM30.00 ++
More info : http://www.migrationexpert.com.au
No-08 : Money AUD
Sentiasalah tengok kat web kadar penukaran Ringgit Malaysia (RM) kepada
Australia Dollar (AUD)... So far paling murah adalah pada musim panas... Boleh dapat
below AUD 3.10... Bawalah budget yang secukupnya... Kalau ada kad kredit pon lebih
bagus... Just incase... Activate kad kredit untuk transaction keluar negara...
More info : http://www.xe.com
No-09 : Pakaian
Bawa dan pakailah pakaian yang sesuai mengikut musim... Di Perth ada musim winter tetapi
tak ada salji... Walaupun suhunya agak rendah tapi tak perlu pakai baju ala2 ada salji...
Jangan pakai pakaian terlalu tebal... Cukup dengan adanya thermal wear...
No-10 : Sun Glasses
Sun Glasses amat digalakkan... Cahaya terik di Perth ni memang kadang2 menyakitkan
mata... So, lindungilah mata sendiri...
No-11 : Lips Balm dan air...
Walau apa juga musim pon bawalah lips balm bersama... Angin yang bertiup tu memang
akan buat bibir kita kering dan pecah... Ditambah plak time sejuk... Kita akan kurang
minum air... Jadi, suka tak suka kena banyak minum air... Kalau tak jadi macam aku... Bibir
dan kulit jadi kering... Adei...
No-12 : Itenerary
Rancanglah itenerary korang sendiri... Carilah tempat2 yang best2 untuk pergi... Business
hour di Perth mostly adalah 09:00 hingga 17:30... So, kalau nak sight seeing, shopping dan
dining kenalah within the period...
dining kenalah within the period...
A) Swan Bell Tower
More info : http://swanbells.com.au
B) Western Australian Museum
More info : http://museum.wa.gov.au/
C) Skyview Wheel Fremantle
More info : http://www.skyviewwheelfremantle.com/
D) Perth Zoo
More info : http://www.perthzoo.wa.gov.au/
E) Kings Park
More info : http://www.bgpa.wa.gov.au/
F) Round House
More info : http://www.fremantleroundhouse.com.au/
G) Harbour Town
More info : http://www.harbourtown.com.au/
More info : http://www.harbourtown.com.au/
H) Cicerellos
More info : http://www.cicerellos.com.au/
More info : http://www.cicerellos.com.au/
I) Caversham Wildlife Park
More info : http://www.cavershamwildlife.com.au/
More info : http://www.cavershamwildlife.com.au/
J) Lobster Shack
More info : http://lobstershack.com.au/
K) San Churro
More info : http://www.sanchurro.com/store-locations/store/19/fremantle
L) Lain-lain boleh google :-)
More info : http://lobstershack.com.au/
K) San Churro
More info : http://www.sanchurro.com/store-locations/store/19/fremantle
L) Lain-lain boleh google :-)
No-13 : Boarding pass...
Buat web check-in siap2... Jadi tak perlu buang masa dan tak perlu beratur dikaunter... Kalau
ada bag drop... Just drop sahaja... Datanglah awal untuk bag drop supaya korang tak
bertembung dengan orang lain yang beratur panjang untuk check-in....
No-14 : Passenger Form...
Isi Declaration Passenger Form dan Outgoing Passenger Form dengan betul... Declaration
Passenger Form disi semasa dalam flight... Kalau Flight Attendance lupa nak kasi...
Adalah menjadi tanggungjawap korang untuk mengingatkan... Jangan bawa barangan yang
tidak dibenarkan... Setiap barang yang korang bawak wajib declare... Ubat dan makanan pon
kena declare... Setakat bawak maggi, insyallah boleh lepas asalkan korang
declare... Manakala Outgoing Passenger Form diisi sebelum flight balik... Form tersebut ada
di kaunter Kastam... Serahkan masa chop passport balik...
No-15 : Hand luggage
Hand luggage yang nak dibawa naik flight Air Asia adalah tidak lebih dari 7 KG...
Silap hari bulan... Kalau tengok bag kita besar semacam aje... Mereka akan suruh timbang
sebelum boarding... Dan kita kena bayar lebihan berat tersebut... So, jangan ambil mudah!
Nak selamat booking extra luggage... Trust me! Waktu balik kompom lebih muatan...
He He He...
No-16 : Botol mineral kosong
Bawalah botol mineral kosong walau ke mana pon korang pergi... Tujuannya adalah
untuk urusan 'business' dalam toilet... He He He...
No-17 : Camera...
Part ni agak susah nak explain... Sebab suhu dan cuaca berubah2... Kejap panas kejap sejuk...
Kejap berangin... Dan kadang buat lens berwap... Kena hati2 kalau pergi ke tempat yang ada
angin yang kencang dan berpasir... Simpanlah camera sentiasa dalam bag jika tidak
digunakan... Wajib kita tahu tempat2 yang boleh dan tak boleh diambil gambar...
Terutamanya di Harbour Town, Airport dan juga museum...
No-18 : Public transport...
Kat Perth ni ada macam2 public transport... Antaranya Bus, Ferry dan Train... Kalau nak
naik bus free... Naiklah Cat Bus sama ada biru, merah dan kuning... Kalau dia
paparkan Full Board Routes bermakna semua tempat dia pusing... Ada setengah
naik bus free... Naiklah Cat Bus sama ada biru, merah dan kuning... Kalau dia
paparkan Full Board Routes bermakna semua tempat dia pusing... Ada setengah
transperth hijau sediakan bus percuma mengikut zone tertentu... Fahamilah zone dan routes
map... Print siap2... Kalau tak print pon tak pe... Kat every bus stop ada routes map tu...
More info : http://www.transperth.wa.gov.au/
No-19 : Restoran Halal...
Jangan risau... Di Perth banyak restoran halal... Antaranya ISPA Kebab, Ole-Ole Cafe,
Insane Cafe dan banyak lagi...
More info : http://www.zabihah.com/
Insane Cafe dan banyak lagi...
More info : http://www.zabihah.com/
No-20 : Sourviner...
Korang boleh beli sourviner murah sama ada di deretan kedai sepanjang bandar Fremantle
atau di E-Shed... Perlu diingatkan lagi... E-Shed hanya dibuka pada hari jumaat, sabtu dan
ahad saja...
No-21 : Undang-Undang dan Budaya...
Fahamilah undang2 di Australia ni... Budaya dan sensitiviti rakyat Australian..
Banyakkan membaca... Jangan suka2 nak kutip daun ke tanah ke batu ke sebagai sourviner...
Senang citer jangan buat macam rumah sendiri!
Cukuplah untuk setakat ini... Selamat bercuti...
Kisah Terdahulu >
Spring In Perth, Australia - Day 2
Spring In Perth, Australia - Day 3
Spring In Perth, Australia - Day 4
Spring In Perth, Australia - Day 3
Spring In Perth, Australia - Day 4
No comments:
Post a comment
Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...