Tuesday, 29 October 2013

Kembara Singapore - Kampong Glam

Hari ni 26 Oktober 2013... Masa berlalu begitu pantas... Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa bulan saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2013... Kembara aku masih diteruskan... Berjalan... Berjalan... Dan terus berjalan... 

Destinasi weekend travel aku kali ni adalah ke Kampong Glam Atau Gelam... Even dah berkali2 datang Singapore... Namun hari ni lah baru aku berkesempatan untuk memulakan travel log aku pasal attraction di Singapore ni.... Jom kita terjah! He He He...

Pagi yang indah... Cerah dan tak hujan... Lepas service kereta... Aku gerak ke BSI... Actually, aku lebih suka naik public transport untuk cross border berbanding naik kereta... Sebabnya... Aku malas nak merempuh jem...  Aku just park kereta kat BSI... Check-in passport... Berjalan dan turun escalator ke level bawah menuju ke hentian bas... Naik bas No. 160... Bas ini akan ke MRT Kranji, Singapore... Bayo tiket berharga RM 1.30...

Sampai Woodlands... Check-In kastam... Turun tingkat bawah... Membusukkan diri lagi menunggu bas di situ... He He He... Bas sampai... Then naik... Just tunjuk tiket yang sama tak perlu bayo lagi...

Ni tips dari aku... Kalu masa datang tadi naik bas No. 160... Tetiba korang nampak ada bas No. 170 yang sampai dulu... Naik aje... Buat muka tak bersalah... Sebabnya... Memang tak salah pon... He He He... Just tunjuk aje tiket yang sama...

Berhenti di Kranji... Naik MRT menuju ke Jurong East... Tukar train kat Jurong East dan naik train lain menuju ke Pasir Ris / Changi Airport... Nak turun train kat Jurong East tu... Turun ikut pintu kiri ye adik-adik dan kakak-kakak sekelian... Jangan turun pintu kanan... Nanti jadi macam aku dulu... Tersalah pintu... Maka minahci dan aci2 yang jaga pintu akan membebel di situ... He He He....

Untuk ke Kampong Glam... Turun kat MRT Bugis... Exit dari MRT Bugis tu... Amik escalator belah kiri... Ikut jalan nak ke Hospital Raffles...

Dari MRT Bugis... Jalan je terus... Kita akan lalu Hospital Raffles dan Landmark Village... Teruskan perjalanan hingga nampak Arab St... Nak ikut Arab St. pon boleh... Nak terus lagi hingga ke Pinang St pon boleh... Ikut mata memandang... Secara totalnya... Jarak dari MRT Bugis tadi hingga ke Masjid Sultan adalah lebih kurang 450 Meter sahaja... Lebih kurang 5 minit berjalan... Kalu berlari 1 minit laa kot... He He He...


Ok dah sampai Kampong Glam... Mari keluarkan camera... Sepanjang perjalanan tadi aku just tangkap gambar pakai iphone aje... Ok... Apa yang menarik di Kampong Glam ni? Mari kite terjah... He He He... Di sinilah terletaknya Masjid Sultan... Masjid Sultan pada asalnya dibina oleh Sultan Hussein... Ianya mula dibina pada tahun 1824 hingga 1826...

Namun pada tahun 1900an... Kampong Glam telah menjadi pusat perdagangan Islam dan telah menarik ramai pedagang untuk bermastautin di Kampong Glam... Oleh kerana masjid ini tidak dapat menampung bilangan jemaah Islam yang meningkat dan juga telah menjadi usang... Maka lembaga pemegang amanah Masjid Sultan memutuskan untuk membina sebuah bangunan masjid yang lebih besar pada 1924...

Arkitek Denis Santry dari firma Swan and Maclaren yang dilantik untuk kerja pembinaan ini, telah dalam perancangan senibinanya, mengambil idea dari masjid-masjid ala Indo-Arab serta menggabungkan bentuk menara dan birai... Pembinaan masjid ini memakan masa empat tahun dan siap pada tahun 1928...

Rekabentuk Masjid Sultan tidak berubah sejak ia dibina semula pada 1924, dengan hanya proses pembaikan dijalankan kepada dewan utama pada tahun 1960an dan juga pembinaan sebuah bangunan tambahan pada 1993. Masjid ini telah diisytiharkan oleh kerajaan Singapura sebagai sebuah monumen kebangsaan pada 14 Mac 1975.

Kat Pinang St ni ada sebuah hostel Backpacker... Nak booking dan maklumat lanjut boleh lah ke web ni http://www.hostelbookers.com/hostels/singapore/singapore/55474/map/


Untuk ke Istana Kampong Glam atau dikenali juga sebagai Malay Heritage Centre... Just ikut dari pintu gate Masjid Sultan... Dan terus hingga jumpa Istana Kampong Glam ini... Senang je... Atau ikut ajelah bontot pelancong yang turun dari Bas Persiaran yang parking depan Masjid Sultan... He He He...


Nak masuk ke Istana Kampong Glam ni... Kena bayar tiket kat Information Counter yang terletak di sebelah kiri pintu masuk... Harga tiket adalah SGD 4.00 sahaja... Kita akan diberi stiker dan sebuah buku yang mengandungi fakta menarik tentang Kampong Glam...

Sebelum aku bercerita lanjut tentang Istana Kampong Glam ni... Moh sini aku citer pasal Kampong Glam ni sendiri... Kampong Glam ni merupakan penempatan awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia... Kampung Glam ni mendapat nama sempena nama ‘Pokok Glam’ yang terdapat di seluruh Singapura... Hingga kini pon pokok gelam masih tumbuh melata di Singapura... Dulu di depan Istana ini ada kolam air pancut... Sekarang dah di ganti dengan Arca Pokok Gelam...

Sebelum aku masuk ke dalam Istana ni... Aku dan HH bersiar2 dahulu disekitar istana ni sambil duduk2, borak2, minum dan makan roti... He He He... Ok jom kita tengok apa yang ada di dalam Istana ni...

Istana ini banyak meninggalkan sejarah dan rahsia yang tidak dapat dirungkai satu persatu... Untuk tahu lebih lanjut tentang sejarahnya... Korang kena Google atau datang sendiri di Istana Gelam ini.... Cuma secara ringkasnya.... Walaupun Kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur... Ia telah dilupakan hinggalah simbolnya yang terakhir... Istana Kampung Gelam yang ketika itu masih didiami oleh Kerabat Di Raja Singapura, diambil alih atau lebih tepat dirampas oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu pada tahun 2002..

Ada pernyataan lisan yang menyatakan tragedi tersebut berlaku kerana sumpahan yang menyatakan jika Kerabat Di Raja Singapura berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri, mereka akan kehilangan istana tersebut... Dengan hilangnya simbol terakhir Kesultanan Singapura itu, maka berakhirnya sisa-sisa Raja-raja Melayu yang pernah memerintah Singapura sejak dahulu kala...

Jika Hang Tuah masih hidup... Ingin aku bertanyakan padanya... Mengapa dia kata "Tak akan Melayu hilang di dunia"... Yang aku nampak Melayu yang hilang... Cina pula merata2 di dunia...  Ko nak kencing aku ye Tuah? Memang budak bertuah betul laa ko ni Tuah... Huh!

Entahlah... Tidak dapat aku bayangkan... Betapa remuknya hati ini... Melihat bangsa aku sendiri diperlakukan begini... Kisah Istana Kampong Gelam ini memang banyak meninggalkan kesan kat hati aku... Banyak pengajaran yang aku perolehi di sini... 

Jadi... Wahai orang2 Melayu yang ada hari ini... Belajarlah dari kesilapan mereka yang dulu... Supaya kesilapan yang sama tidak kita ulangi... Ingatilah bait2 dalam lagu Warisan... Jadikan lagu ini sebagai peringatan...
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Bila masuk istana ni... Ada feeling yang semacam rasanya... Feeling 'kehilangan'... Ditambah lagi effect bunyian seolah2 telah membawa kita kembali ke zaman dahulu kala... Di sini adalah beberapa barangan peninggalan lama dan juga photo lama... Lengkap dengan audio visual...

Perhatikan si HH ni tengah study peta... Ye Ye Oooo je ko study... He He He... Ok... Kat sini ada banyak tingkap... Setiap tingkap tu ada ceritanya... Sebelah kiri HH adalah tingkap menghadap ke timur... Di sebelah timur letaknya Tanjong Rhu, Bedook dan Tanah Merah yang tercatat pada sebuah peta keluaran tahun 1604 oleh jurupeta yang bernama Manuel Godinho de Eredia... Nama-nama tempat ini yang kekal hingga ke hari ini merupakan petempatan-petempatan di sepanjang laluan pesisiran pantai timur yang menghala ke utara, ke arah Pulau Tekong dan Pulau Ubin. Disebaliknya terletak pemerintahan awal Kesultanan Johor Riau-Lingga...

Sebuah pusat Shahbandar juga ditandakan sebagai Kebandaria di peta de Eredia. Para sejarahwan menganggarkan terletaknya pusat ini dipersekitaran Sungai Kailang dan Tanjong Rhu yang berhampiran... Anggaran ini diperkukuh oleh penemuan serpihan tembikar Cina abad ke 17 semasa kerja perluasan di muara Sungai Kallang dilaksanakan pada lewat 1960an dan awal 1970an... Serpihan-serpihan ini didapati sama seperti yang terdapat di tapak ibukota Johor Lama... Ini mengesahkan kedudukan Singapura yang mungkin merupakan sebuah kotakara perdagangan bagi kerajaan Johor Lama...

Tingkap kanan si HH ni pulak... Adalah tingkap yang menghadap ke barat... Di sebelah barat terletaknya Fort Canning Hill yang juga digelar Bukit Larangan... Berdasarkan bukti arkeologi dan pemerian-pemerian lain, Bukit Larangan merupakan kawasan istana sebuah kerajaan pra-Islam yang ditubuhkan oleh Seri Teri Buana dan dinamakan Temasek/Singapura... Kemakmuran kerajaan dan pelabuhan Temasek terikat kepada Selat Melaka yang merupakan satu laluan perdagangan yang penting dalam alam Melayu... Temasek bertambah makmur sebagai pusat perniagaan yang tertumpu kepada pasaran Cina sehingga pada tahun 1402 apabila raja kelimanya terpaksa melarikan diri daripada tentera Mahapahit yang datang menyerang dari Jawa... Baginda melarikan diri daipada tentera Majapahit yang datang menyerang dari Jawa... Baginda melarikan diri ke arah utara dan memantapkan kedudukannya semula, sebagai Sultan Iskandar Shah setelah memeluk agama Islam... Baginda mewujudkan Kesultanan Melaka yang cemerlang pada abad ke 15... Keturunan kerajaan inilah yang kemudian menubuh Kesultanan Johor-Riau pada abad ke 17...

Walaupun kemasyhuran pelabuhannya merosot dengan peralihan pusat kuasa di sepanjang Selat Melaka, kepentingan Singapura sebagai tempat asal salasilah kesultanan-kesultanan Melayu ini memastikan ia sentiasa dikekalkan sebagai tanah jajahan kesultanan... Inilah sejarah Singapura ketika ditemui oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang bertentangan dengan anggapan Singapura sebagai sebuah "kampung nelayang yang sepi"...

Perhatikan pesen tudung mereka... Tak ada beza macam sekarang... Kita sebenarnya kembali ke zaman dulu kala... Ada Hana Tajima, Yuna dan Siti Nurhaliza di situ... Most Malay Singaporean adalah berketurunan Bawaen atau disebut Boyan... He He He...


Gambo orang dedulu balik dari Haji... Pegi studio tangkap gambo... Kire macam student amik gambo konvo... He He He...

Gambo zaman dedulu... Orang Melayu kaya gambo sekali dengan hambanya... Gadis hamba ok... Bukan orang gaji... He He He... Mamat dalam gambo ni sekali imbas macam si Lan member HH... Tapi hensem lagi Lan la (tangan kat bahu sambil mata tengok atas)... He He He...

Presiden Melayu Singapore yang pertama... Entah ke manalah keturunan mereka menghilang agaknya... Kesian...Jadi kita di Malaysia... Jangan cuba2 untuk memangkah undi selain dari bangsa kita... Kelak nanti menyesal tak ada guna... Remember... We must Malay first before we are Malaysian... Jangan dengar hasutan syaitan yang mengatakan Melayu kuat makan rasuah... Apa ko ingat bangsa lain tak makan rasuah ke? Bangsa apa suka main duit? Bangsa apa hidup dan matinya beragamakan duit? Bangsa dan agama kita ke? Fikirkan lah...

Kita ke galeri seterusnya... Ada macam2 kat sini tapi tak kan aku nak tepek satu2 plak kan... Korang kena lah pegi dan tengok sendiri... He He He...

Peralatan filem dan music semasa zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas pon ada di sini... Aku tengah berangan jadi videographer... Kauuu jangan cobak2 menjadi direktorr... Walaupon roooopaaa mu tidak ku kenal... Tetapiiii lobang idong muuuu taaaatap menjadi pooooojaaaaan haaatiiiii kuuuuuu.... He He He...



Nostalgia sungguh sudut ini... Ada koleksi piring hitam dan juga majalah lama yang dijual dengan harga 50 sen... Nilai 50 sen dulu tak sama macam sekarang... Boleh jadi juga 50 sen dulu adalah 5 hengget sekarang kot... Hu Hu Hu...

Keratan akhbar tentang Natrah pon ada kat sini... Aku pasti ramai yang dah tahu citer pasal Natrah ni kan... Kalau tak tahu tu... Bolehlah google sendiri... Masa di Holland aku tak terfikir langsung nak cari kat mana rumah Natrah ni... Sebab aku sibuk nak cari rumah Anne Frank... Sorry Natrah lain kali laa aku cari ko kat Holland tu... Cukuplah kita bertemu di Singapore aje... He He He...

Selesai sudah lawatan aku di Istana Kampong Gelam ini... Sebaik saja kaki ingin melangkah keluar dari pintu Istana... Tiba2 ada sekumpulan student Universiti Singapore menyapa kami... Mintak kami spend beberapa minit untuk isi form survey mengenai istana ini... Membusuklah ko HH isi form ni... Dua helai plak tu... Dah macam menjawap kertas exam... He He He...

Selesai isi form kami cepat2 keluar dari sini... Takut kang ramai pulak peminat tak diundang mintak autograf... He He He... Lokasi seterusnya adalah mencari makan...  Kalau korang ke Kampong Gelam ni janganlah takut tak makan... Sebab... Kat sini banyak sangat restaurant yang halal... Macam2 ada... Dan kualiti makanan yang dijual pon sama macam kat Malaysia... Kire memenuhi KPI tekak orang2 so call Malay la... He He He...

Berhadapan pintu masuk Istana Gelam ni ada sebuah restoran Minang... Memang ramai giler orang kat situ... Siap beratur panjang... Dah macam Nasi Kandar Beratur kat Penang plak... HH aje yang masuk... Usha2 apa yang ada kat Minang ni... Aku dok luar sambil snap gambar sana sini... Sambil tu... Ternampak sowang amoi Cina ni dukung anjing dia... Siap masuk kedai nak beli kuih... Korang rasa? Memang lahanat Cina Kiasu ni... Langsung tak reti nak hormat muslim!

Then HH kuar bawak kuih suji badam... Mak aiii... Raya baru lepas... Ko tak puas cekik kuih raya lagi ek HH... He He He... Tapi kuih ni memang sedap dan besar plak tu... Harga SGD 3.00...

HH citer kat aku... Rupanya orang yang ramai2 beratur tu just nak beli kek aje... HH kata masa dia kat kaunter kedai Minang ni... Owner tu nampak HH pegang buku Istana Kampong Gelam tu... Memula dia berbahasa Indon dgn HH sebab dia ingat HH ni mungkin warga Indon... Nasib ko laa HH... He He He... Owner tu kata... Dalam buku tu ada kisah pasal keluarga dia... Bermakna... Owner restaurant Minang ni adalah serpihan kerabat diraja Singapore yang terbuang laa kan... Ermm... Sedih plak aku dengar HH citer... Bayanglah kalu kaum kerabat kita dihalau dari rumah sendiri... Apa ko rasa? Rasa menyesal? Dah tak guna...


Then kami teruskan perjalanan... Ternampak pasangan pengantin Singaporean ni amik gambo kawin kat depan Masjid Sultan ni... Aku pon curik2 amik gambo dorang ni... He He He...

Jom kita skodeng apa lagi yang ada kat sekitar Kampong Gelam ni...

Kedai souvenir pon ada kat sini... Macam2 ada... Tapi aku tak beli apa2 lah.. Sebab... Aku boleh datang ke sini beribu kali lagi... He He He... Lagipon fridge magnet Singapore aku dah banyak kat umah... Try gak usha2 fridge magnet Kampong Gelam or Masjid Sultan tapi tak ada plak... Bebalik fridge magnet kepala Singa... Boring!

Kat sini pon ada Children Little Museum... Bayaran masuk adalah SGD 2.00...

Kat sini ada dua kedai photo... Jual DSLR $499 dan 50% diskaun... Ko rase? Adeiii... Awat murah bebeno? Huh! Kalu kat Malaysia ni berebut kot orang beli... Kat sini semua orang tak heran pon... Aku malas nak masuk usha.. Takot terbeli... He He  He...

Perut pon dah lapar dan tekak pon dahaga... Akhirnya kami singgah minum petang kat Kampong Glam Cafe ni... Tapi at this hour cuma ada nasi berlauk aje... Aku plak malas nak makan nasi... Jadi kami layan kuih muih dan air Lime Blue Cola... Pergh! Air Lime Blue Cola dia mantap... Harga kuih karipap SGD 50 sen... Kuih Koleh Kacang SGD 50 sen... Air Lime Blue Cola segelas SGD 1.30...

Sebelum aku end up entry ni... Aku nak tunjuk gambo yang pernah aku amik kat Kampong Gelam ni... Gambo double rainbow... Sayangnya gambo ni di snap guna handphone sebab masa tu hujan lebat dan aku tak bawak camera...So ni lah hasilnya... Hu Hu Hu...

Lepas puas berjalan kat Kampong Glam ni kami patah balik semula ke Bugis St... Apa yang ada di Bugis St?... Akan aku sambung di entry yang lain... He He He...

-XOXO-