Selama empat hari aku berada di Bukit Tinggi-Padang... Aku cuma guna khidmat supir PU untuk dua hari sahaja... Iaitu pada hari pertama dan keempat...
Sebenornya... Aku booking PU setahun yang lalu... Hah! Bayangkan... Lama gilakkk!
PU cuma kenakan bayaran IDR 1,000,000.00 untuk dua hari perjalanan kami... Tapi itu harga tahun 2013 ek... Untuk tahun terkini dah lain sebab harga BBM (Bahan Bakar Minyak) makin naik...
Disebabkan kami dah berjanji sejak tahun 2013... Even harga BBM (Bahan Bakar Minyak) tahun 2014 semakin mahal pon dia tetap tak charge kami untuk bayar lebih... Tetap jugak dengan IDR 1,000,000.00 tu... He He He...
Kalu tak silap aku... Harga terbaru adalah antara IDR 435,000.00 - IDR 525,000.00 perday... Depends tempat yang korang nak pegi ek...