"Poi pokan naik basika
Tongah haghi tongah paneh
Apo dayo motong gotah
Apo nak dikato
Kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
Kek Kolo Pilah"
Ha Ha Ha...
Sobonor ehh... Den sajo membuang maso den poi jalan jalan Nogori Sembilan sempeno rayo Cino... Den tak tahu nak merambu mano layi... Ha Ha Ha.. Mari laa ikut den kito masuk Istono Lamo... Sekarang dah jadi Muzium Dirajo Istano Seri Menanti, Kolo Pilah...
Tu dio... Pintu gobang tandok kobau...

Nak masuk Istano ni free yo... Tak payah bayo apo... Tapi den tak boleh masuk dalam istano... Sobab... Istano tengah renovation... Jadi... Den main sekitar luor yo...
Ini namo eh Takhta Rencana bukan Kencana Dewi.. He He He...

Takhta Rencana merupakan sejenis kenderaan yang digunakan dalam Adat Istiadat yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kenderaan ini digunakan dalam majlis rasmi seperti Majlis Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dalam majlis istiadat Bersiram, DYMM yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan SYMM tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti hingga ke Panca Persada... Takhta Rencana ini akan dihela oleh 99 Pegawai Istana dengan diiringi pukulan rebana, diikuti dengan pembawa Cepu Bedak Limau dan diiringi oleh YM Tunku Besar Seri Menanti dan Kerabat Diraja.
Takhta Rencana ini terdiri daripada 40% besi dan 60% kayu dan terhasil sepenuhnya dengan buatan tangan daripada tukang yang mahir. Asaa binaannya diperbuat daripada kayu dengan sokongan 4 buah tayar dan gendar bagi menampung keseluruhan berat Takhta Rencana tersebut. Ia mula digunakan sewaktu pertabalan Tuanku Abdul Rahman sebagai yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 8. Kali terakhir rakyat Malaysia menyaksikan Adat Istiadat ini ialah pada 18 April 1967 iaitu semasa pertabalan DYMM Yang-Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman kira-kira 49 tahun lalu.
Batu Kasur (Batu Timbang) yang sebelah kiri...

Replika Batu Kasur ini adalah contoh berdasarkan bentuk asal yang terdapat di Alam Minangkabau Sumatera Barat Indonesia. Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur bebeapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun 'jelatang' yang sangat gatal di samping gangguan lain selama berada di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya ditabalkan menjadi Raja Negeri Sembilan.
Replika Batu Bertikam.. Ada bentuk love skit... Ehhh.. Dah nape den nampak semua love tak abis abis... Ha Ha Ha...
Replika Batu Bertikam ini contoh asal yang terdapat di Kacamantan (kampong) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia pendaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian Sistem adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan.
Menurut cerita bahawa Dt katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dan keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu (Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu, Balukan Sungai, Kayu Batarok) yang dijadikan sebagai Pusat Pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dt Bentara Putih.
Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain Sistem Adat Caniago tersebut dan ia telah dipakai sama oleh kota-kota yang lain sekitarnya.
Menurut cerita bahawa Dt katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dan keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu (Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu, Balukan Sungai, Kayu Batarok) yang dijadikan sebagai Pusat Pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dt Bentara Putih.
Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain Sistem Adat Caniago tersebut dan ia telah dipakai sama oleh kota-kota yang lain sekitarnya.
Dari kejauhan.... Muzium Diraja Seri Menanti...

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalam tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara dinamakan "Tingkat Gunung". Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung" pula menempatkan khazanah diraja.
I Love Koya... Ha Ha Ha...

Dari sisi dopan...

Dari belakang...

Ini rumah Tukang Kahar... Masih dalam pembinaan semula...

Sape Tukang Kahar ni?
Kahar Bin Siak Bakhi atau lebih dikenali Tukang Kahar merupakan seorang tukang kayu mahir yang mendirikan Istana Lama Seri Menanti pada tahun 1902. Beliau bersama Tukang Taib dan tukang kayu lain telah membina Istana Lama Seri Menanti sehingga siap sepenuhnya pada tahun 1908. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sultan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau ini. Tukang Kahar telah meninggal dunia pada usia 60 tahun. Rumah tradisional Tukang Kahar dibina pada tahun 1880. Rumah ini pada asalnya berhadapan dengan sungai dan sawah sebelum dialihkan ke Kampung Tengah, Seri Menanti. Rumah yang telah terbiar uzur ini kemudian dibuka dan dipasang semula oleh pihak LMNS pada 2014 di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti.
Rumah Tukang Kahar dikenali dengan Rumah Tiang 20 iaitu jenis rumah yang dibina untuk mereka yang berstatus tinggi dalam masyarakat. Konsep rumah ini terdiri dari Rumah Tangga, Serambi, Rumah Ibu, Kelek Anak, Ruang Pelantar Kecil dan Rumah Dapur. Tukang Kahar telah melahirkan pelbagai teknik ukiran terhadap rumahnya seperti tembus tebuk, tebuk separuh dan tebuk timbul. Ia diselami dengan motif seperti paku pucuk, lumut, akar sganggang, bung matahari, bunga cina dan buah pala. Terdapat motif fauna seperti mematuk ayam, kucing tidur, paruh bangau, kumbang dan rama-rama.
Eh... Buek apo budak ni hado kek sini? He He He...

* Jenuh menaip fakta... He He He...
BERSAMBUNG...
poe kola pilah napo x singgah umah den...ehhh salah Den Wahab
ReplyDeleteDen wahab kek jalan tunku abdul rahman... Ha ha ha..
Deleteakhirnya sis JM no satu
DeleteEkin..No 1 komen di entri ke No 1 dalam list top comment ;p
Deletesis JM sentiasa no 1 di blog SS ...
Deletelahhh pe budak 'Jari Manis' buek kek situ
ReplyDeleteBuek nyomak yo situ... Ha ha ha
Deletebuek2 tak nampak jolah! hahahahha
Deletejari manis saja intai SS.. dia kata dia rindu.. haha
Deletebuek buek hahahhaha
Deleteado jupo Worih dop
ReplyDeleteDop??? Tu kecek klate bukei nogori... Kah kah kah
Deletehahaha... tersasul lettew
Deletehahahhahaha dop terkelate pulok ko sis JM
Deletelast pic tu cantik...nak curik!!!!!!
ReplyDeleteX malu eh...
DeleteKembung mulut baca intro .. haha .. baju koyaa tuuu lawaaaa ^.~~~~~
ReplyDeleteAhakksss... Muncung dato vida skit...
Deletebest lagu poe pokan tu minta lirik sampai habis SS tingin la nk nyanyi hehe
ReplyDeleteAmboi Mak Tok! Siap nak karok lagi... Ha Ha Ha... Nanti boleh suruh Cikgu Ceketed buat chord... Kah kah kah
Deletesorrrry bngt lama tk singgah sini
ReplyDeletetkdo tiket lah selalu habis je kalau nk terobang kesini
Pakai tiket wayang ke Mak Tok? Ha ha ha
Deletetermuncung2 mulut den!
ReplyDeleteAda pakai crown x? Hi hi hi
Deletequ puteh ke? itu kelantan kat nogori tak de
Deletecuti-cuti malaysia eh SS..
ReplyDeleteCuti la sangat kansss... He he he
Deleteaduss ...orang Johor cakap nogori
ReplyDeleteMatik laa kena kutuk dgn org nogori... ha ha ha....
DeletePoi istana pakai baju korea..nak kena tulah ni
ReplyDeleteAbis laa kena sumpah jadi lemak cili api... he he he...
DeleteKaki jalan bila lama tak merayap gitulah..tak dapek jauh dokat pun jadik
ReplyDeletemasa pi sini... SS demam mak... Nasib ada drebor... HH la mangsa... ha ha ha....
DeleteSs antibodi lemah ni...ke penangan masuk wad ritu x abis lg
DeleteSadisnya kena main-main kek luar jo
ReplyDeleteTaw x pe... Tapi nasib baik dah pernah pegi yang Padang, Sumatera punya... Rasanya more or less je...
DeleteAda bau2 minang x darah tu..
DeleteCuti-cuti Malaysia pula ke sekarang?
ReplyDeleteSekali sekalo yo den jalan... cuti rayo cino.. ha ha ha...
Deletet shirt I love nogori ada tak ? :p
ReplyDeletenanti den suruh den wahab jahit... keh keh keh...
DeletePehhh SS nyanyi. Hehehe. Bestnyaa jalan2 :D
ReplyDeleteitu pasal tampin banjir.. ha ha ha...
DeleteSS kurusnya!!!
ReplyDeletebest jugak sekali sekala berjalan dalam negara ni. bolehlah nanti saya terjah JB ya :D
ahaksss... kurus kering... tengah demam... tapi hati nak berjalan... he he he...
DeleteKurus tgh frust huhu
Deletehaaaaaaaaaaaaa......nasib baik sini gbrnyer kuar..kalau x...mmg merajuk bawak diri ke batu belah...batu melingkup dh td....hahahahahhahaha
ReplyDeletelaaaa apsal pulak.... Nak kena sumpah jadi batu nih... iskkks... ha ha ha...
Deleteamboi....i luv korea sgt kekdahnyerrrr......hehhehe....tetiba tgk nama JM dlm gbr bwh tuuuu....JM ada dimana2.....hahahhaha
ReplyDeleteJay Emm pojaan hati ku.. kah kah kah..
DeleteTang lubang hidung ka lubang telinga
Deletegbr bekas tikaman keris tu yg mcm lubang tu ker SS?? mcm besar beno lubangnyer....keris org dulu2 besar kot nooo....hik hik hik
ReplyDeleteBadan orang dulu2 memang beso2 bagak... Skrg ni jek org kite makin kecik.... surat kabo pon makin kecik... keh keh keh...
Deletemcm cikgu sejarah dah haaaa wa ah kak ni..
ReplyDeleteCikgu skola kek kolo pilah... ha ha ha...
DeleteWah cuti-cuti Malaysia ye. Pernah pergi Istana ni tapi tak perasan pulak ada replika-replika tuh hehe
ReplyDeleteAda replika yang baru nak siap...
DeleteLopaih nih pi kuale kangsar lah pulak. Istana dia pun best juga. Jangan lupa Istana johor juga yang wajib di ulas ceritanya. hehehehe Lepas tu istana Perlis lah Istana Anak bukit lah. Buat lah sejarah Istana Melayu di zaman silam. Tapi Istana Adabi tu jangan nanti Adabi mintak royalti sebab ambik Istana Adabi tanpa izin buat promosi. Task baru
ReplyDeleteUishhhh... Kak notie ni cam ada bau laaa... mmg teringin gak nak sampai sana...
DeleteBau sambal kicap hehehehe. Buatlah task baru selain task masjid yang dah pernah sampai, buatlah task Istana malaysia di zaman silam. Baru lah macho. Menyelusuri susur galur sejarah malaysia di zaman pubakala kekdahnya. Kang hang boleh le pakai baju melayu bersilat depan istana. Wah macho habis
Deletepening baca fakta..hihi..berseni bangunan ni..flora & fauna..
ReplyDeleteJangan baca... tengok je... kah kah kah....
Deletecakap negeri di sini..den tak faham sangat
ReplyDeleteha ha ha... kena bukak kamus den bramboi... he he he...
DeleteRajin jalan ke sana. Saya pun tak sampai ke sana lagi.
ReplyDeletePadahal nogori sobolah ajo. Hahaha. Nak juga cakap nogori walaupun tak reti.
Eh, apa sis JM buat kat situ? Haha. >__<
Ayooo... Cer gi sekali... ha ha ha....
DeleteHai org sebelah..den ni mano gheti nk ubh setting mcm IT engineer tu..cer ajaq sikit
ReplyDeleteUntuk mu mak... Anakanda dah buat entry... Silaaaa mak mengamok kat entry sebelah.. ha ha ha...
DeleteIsk iskkk.. kalo la ada jiran gini mau hari2 dia mai check tuan tanah 'awat rumah mak semak sgt ni..patut lmbt bukok pintu'
ReplyDeleteMatikkk laaa mak ngamok... Ha Ha Ha... Mak nak taw tak.. Loading page Umah mak jejak 98 second... Gilakkkk!!! Slowwww.... Slooowwwwww...
DeleteLamanye renovate. Tahun lepas pergi pun dok renovate lagi SS..
ReplyDeleteHehe.
Seyes? Perghhh... Berzaman laa eh... he he he
Deletewahhhh p jalan kuala pilah pulak SS... cuti2 malaysia ya
ReplyDeleteAhaksss... Insyallah...
Deletecomel baju korea tu nak satu hahahha :P
ReplyDeleteKena tanya orang yang baru balik Koya... Ahaksss...
Deleteorang yang balik korea senyap hahahahah :P
Deletemari kita belajar sejarah hari ni
ReplyDelete