Wednesday, 18 December 2019

ENCORE MELAKA An exciting attraction you don't want to miss!

Dari Johor ke Putrajaya...
Singgah Ayer Keroh jangan terlepas...
Pernah dengar Encore Melaka???
An exciting attraction you don't want to miss!!!


Ehhhh berpantun pulakkkkkk! Ada sape yang sudi membeli? Ha Ha Ha... 

Pergi ke kedai nak beli cincalok.. Sampai sampai kedai tutup... Ha Ha Ha... Dah Dah... Cukup cukup lah tu berpantun... Sampai besok tak habis membeli menjual pantun... He He He... 

Yeahhhh! Mari aku ringkaskan citer... Last week... Memang betul aku dalam perjalanan dari Johor ke Putrajaya... Memang aku singgah Melaka... Dah alang alang singgah... Jadi aku terus ke Encore Melaka yang terletak di No. 3 Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, Melaka!

Tempat ini bukan setakat untuk sightseeing... Tapi... Aku berpeluang juga untuk menonton teater...  Ehhh... Macam tahu tahu jek aku ni memang kaki layan teater... Ha Ha Ha... Tapi... Apa bezanya layan teater di Encore Melaka dengan Istana Budaya atau tempat lain? 

Scroll sampai habis ye... He He He...



*** Superb Building Design ***


Encore Melaka mula dibuka pada 7 Julai 2018... Dah setahun lebih jugak... Tapi baru hari ni aku nak jejak... He He He... Aci busy dik kat luar negara sana sampai lupa nak jejak negeri sendiri.... Aduuuhhhh... Maafkan Aci... Tapi Aci dah belanja satu pantun... Ok lah tu kan? Ha Ha Ha...

Tatkala kaki aku melangkah masuk jek kawasan Encore Melaka ni... Aku terus kata "Wow!"... Macam berada kat luar negara pulak rasanya! Kedudukannya sangat strategik! Berdekatan dengan pantai! Luas! Tersangat luas kawasan Encore Melaka ni... Ehh... Kehadiran aku dah macam Alfonso De Albuquerque pulak! Ha Ha Ha...

Tak nak buang masa... Jom layan gambar!

Dari sudut belakang berhampiran tepian laut...



Dari depan...

Mari aku citer sikit pasal Encore Melaka Teater... Encore Melaka Teater merupakan satu senibina kontemporari di Melaka...

Ketua arkitek Encore Melaka Teater ni adalah Encik Wang Ge dari Beijing Institute of Architectural Design (BIAD) yang terkenal sebagai pusat penyelidikan teknologi reka bentuk dan pembinaan seni bina di Beijing... 

Sejak penubuhannya pada tahun 1949... BIAD telah menjadi satu badan yang dipertanggungjawapkan  bagi senibina. Reka bentuk senibina mencerminkan rekabentuk estetik dan kejuruteraan. 

Untuk menampilkan kepelbagaian etnik dan kepelbagaian budaya Melaka... Wang Ge merancang sebuah teater yang sederhana namun canggih... Dia percaya bahawa minimalis terhadap perkara artistik atau estetik lebih efektif... Bangunan Teater ini terdiri daripada biru dan putih yang membawa maksud kesucian dan keabadian... 

Kesederhanaan Encore Melaka Teater mencerminkan masyarakat yang bersahaja yang mengundang dunia tertarik kepada sejarah Melaka... Para hadirin disambut di pintu masuk kanopi organik yang membawa kepada sebuah ruang serambi biru... Diliputi jubin porselin... Pantulan kebiruan yang berbeza memberi sentuhan akhir yang membawa ruang kepada kehidupan... Ini adalah metafora untuk pelbagai budaya di Melaka di mana mereka akan bergaul dan secara semula jadi bergabung menjadi masyarakat bersatu secara keseluruhan...

Suasana atmosfera yang mewah di bahagian dalaman adalah pembukaan penuh prestasi Encore Melaka...

Tersergam indah nama Encore Melaka di sudut tepi atas bangunan...

Dari pandangan sisi kanan... 
Sisi kiri...

Sekali imbas dah macam Musee Du Louvre pulak...

Kombinasi biru putih

Dari Gate D... Encore Melaka ni memang banyak Gate... Tapi pintu masuk utama adalah di Entrance A...

Ada sebatang sungai di sini...

Antara spot wajib bergambar... He He He...


Ehhh... Nak ke mana tu? 

Jom layan sightseeing waktu malam pulak... Waktu malam agak menarik jugak sebab bangunan Encore Melaka ini disinari limpahan cahaya lampu...

Memancor mancor cahaya...

Canggih kan screen tepi bangunan tu? Kebetulan musim nak Christmas...

Ehhh... Pengantin ke tu? 

Love kecik di situ... He He He...


Dah macam i-City pulak... Tak payah pegi Shah Alam sana.. Sini pon layan... Ha Ha Ha...

Jalan menuju ke pantai... 



*** Encore Melaka Beach  **

Terlebih menariknya Encore Melaka ni sebab pantainya! Nampak bersih... Indah... Luas mata memandang... Kalau U'Ouls ke sini boleh lah layan sunset!

Terasa lapang... Hirup udara segar di sini waktu petang...

Ada kapal laut besar di hujung sana...

Tengah dok amik gambar kat sini... Tetiba ada sorang nyonya menyapa... Katanya ada orang tertinggal handbag kat pantai... Tak tahu sape punya... Kah Kah Kah... Kelakar pulak aku rasa... Kalau gagak yang bertenggek tu boleh gelak dah lama gagak gelak terbahak bahak... Adoiiilahhhh... Agaknya empunya handbag terlalu asyik dengan keindahan Encore Melaka sampai lupa barang berharga... Ha Ha Ha...



*** Facilities ***

Encore Melaka ada Shuttle Service Pick Up...

Ruang Parking yang besar... Percuma...

Cantik kan mural ni? Nak dapat seketul tulisan merah atas tu pon beribu habis katanya... Huh!

Bangunan hostel untuk pelakon teater disediakan...

Ada Cafeteria...

Kaunter tiket... Kiosk tiket... Kedai souvenir... Surau,... Tandas... Semua ada...

Jangan lupa beli Fridge Magnet untuk dijadikan kenangan ok...

Untuk pengetahuan... Nak masuk tonton teater... Kena scan tiket... Makanan minuman... Camera... Tidak dibenarkan dibawa masuk... Tapi jangan risau... Loker disediakan kepada  yang bawa Camera dan barangan berharga... Just isi form jek ok... Dan dapatkan kunci locker...

Tak ada masalah kalu nak amik gambar atau video menggunakan handphone sepanjang persembahan teater berlangsung... Cuma jangan terlalu lama sangat nyalakan screen handphone sampai menganggu orang lain yang turut menonton... Ok?



*** Theatre Performance ***

Usaha Encore Melaka untuk buat persembahan teater yang memukau dengan serangkaian cerita kehidupan penduduk tempatan memang  patut dipuji lah. Bukan setakat persembahan kebudayaan untuk pelancong... Tapi persembahan yang mencerminkan masyarakat yang berbilang kaum dan harmoni... 

Visual dan pencahayaan dalam setiap persembahan memang menakjubkan! Peralatan teater yang  diguna pakai memang canggih... Pakaian yang dipilih pun cukup teliti... Aku kagum tengok baju traditional... 

Cerita tentang Melaka dizahirkan melalui gabungan tarian tradisional dan kontemporari oleh 200 penari tempatan... Ramai kannn??? 

Dalam pertunjukan yang mengambil masa sekitar 70 minit... Kita akan dibawa bersama merasai 6 zaman sejarah dengan terperinci melintasi ruang dan waktu... 

1st scene - Tentang Parameswara...
2nd scene - Tentang Cheng Ho...
3rd Scene - Tentang Nyonya dan perkahwinan
4th Scene - Kisah 6 Ibu...
5th Scene - Kisah Perempuan mengandung
6 th Scene - Wau

Dalam 6 Scene ni... Scene yang paling aku tak akan boleh lupa adalah Scene Wau! Masih terbayang budak berlari sekeliling pentas! Seyes canggih!

Oh ye... Setiap scene diterjemahkan dalam 3 bahasa... Melayu... Cina... Dan Inggeris... Memudahkan semua bangsa dari pelusuk negara untuk memahami apa yang disampaikan...

Terlebih mengkagumkan aku adalah seni produksi yang inovatif...  Auditorium akan berputar pada kadar 360 darjah dipelbagai peringkat... Melalui gabungan audio dan penata cahaya... Kita akan dibawa mengembara ke zaman lampau secara langsung... Seyes aku jakun habis! Kah Kah Kah... 

Kiranya... Penonton macam aku ni tidak akan duduk secara pasif di auditorium... Jauh beza beb dengan Istana Budaya... Which is di Istana Budaya kita akan nampak orang tarik dan tolak peralatan ke tepi dan tengah pentas kan? Tapi di sini... Aku yang berpusing 360 darjah! Ha Ha Ha...

Lets go enjoy the show!


Tiket aku... Harga RM 148.00 per tiket!

Jom masuk ikut Entrance A...

Patuhilah rules dan regulations ye... Tiada etika pakaian yang khusus... Bebas je nak pakai apa sahaja asalkan kemas dan bersih...

Woww... Nampak biru... Aci sukaaaa! Ha Ha Ha... Seat pula terbahagi 4... Standard... Premium... VIP... Dan Wheel Chair... Dan dah tentulah harga tiket pon berbeza... 

Pintu masuk utama akan ditutup sebaik sahaja persembahan bermula... 

Menarikkan? Kepulan asap berwarna warni... 

Persembahan dalam air ni paling Win! Seyes canggih! 

Persembangan dengan air yang mencurah macam air terjun U'Ols! Lantai pulak macam kolam... Sepanjang pentas pulak tu! Perghhh!  Panjang keseluruhan pentas di sini adalah 240 Meter! Pentas paling panjang di South East Asia! Wowwwww!

Aku terpersona rama rama tengok tarian lemah gemalai penarinya... Dengan baju tradisional... Nampak seksi U'Ouls... Ha Ha Ha...

Tanglung dibawa ke tengah penonton...

Pentasnya bertingkat! Huh!

Selesai dah persembahan... Tak puas? Nak lagi? Haa datang lah tengok sendiri! Ha Ha Ha...

Ehhh... Macam kenal jek Blogger pakai hijau tu... Ha Ha Ha...

Ok... Apa yang kita dapat setelah menonton teater di Encore Melaka ni? Kita pulang bukan saja membawa tentang kisah tempat yang kaya dengan sejarah... Tetapi pantulan intelektual tentang intipati sejati Melaka... Satu model yang baik untuk kepelbagaian kebudayaan bersama...

Kalau U'Ouls ke Melaka... Jangan lupa masukkan Encore Melaka ini dalam list itinerary wajib singgah ok!

Untuk info selanjutnya bolehlah terjah official website Encore Melaka 



Tiring? -  Yes!
Regret? - No!
Experience? - Priceless!


22 comments:

  1. Nak beli PANTUN..berapa harga? ihiih

    ReplyDelete
  2. bangun pagi nak gosok gigi,
    gigi di gosok dengan berus gigi,
    jangan di lupa ubat gigi,
    tak ada ubat gigi tak gosoklah gigi ahahahah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gosok gigi
      Berus gigi tak de
      Buat apa ada ubat gigi
      Gigi pon tak de 🀣🀣🀣

      Delete
  3. ENCORE Melaka? pertama kali dengar ni kalau HARDcore mmg biasa dgr :-)

    ReplyDelete
  4. building dia mmg sgt unit..nampak seperti SISIK ikan siakap..ehh..teringin pulak nk masak ikan siakap asam podeh

    ReplyDelete
  5. building Encore mmg sgt cantik..kalau pergi melaka wajib singgah kat sini..ambil exit Ayer Keroh bukan nayer jernih

    ReplyDelete
  6. woww..pas baca entri ni rasa nak repeat ambik gambo kat encore melaka setiap sudut cantik cuma diri sendiri tak pandai cari angle..minta gambo sekeping dua hihih

    ReplyDelete
  7. Tak biasa gi lagi...tengok dalam drama ja....bentuk bangunan unik...

    ReplyDelete
  8. Saya pergi ke encore jalan-jalan luar bangunan dia je. Tengok harga tiket, boleh tahan juga tu. Tapi, bila SS cerita, buat rasa nak pergi masuk jugalah suatu hari nanti. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Alamak.. Main jual pantun pula.. Cek tak pandai nak berpantun makanya tak belilah ye..kikiki..

    ReplyDelete
  10. Sha ada pergi sekali dulu tapi kat bahagian luar je.. Sebelah siang.. Kalau ada rezeki bolehlah cuba menonton persembahannya pula nanti..

    ReplyDelete
  11. Wah menarik tertarik memang debomlah. Ni kena ajak geng ni. Tak boleh jadi ni. Hish hish

    ReplyDelete
  12. Cantik laa building dia. Ntah bila nak jejak Melaka lagi.

    ReplyDelete

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...