Sunday, 22 March 2020

Covid 19... Ikuti pengalaman anak saudara aku berkurung 50 hari di CHINA!

By Harian Metro

Tengok tajuk aku tu... Serammm kan? Covid 19! Ya Allah... Ini lah ujian terbesar kepada kita sebagai penduduk dunia... Siapa sangka... Siapa menduga... Hari ini... Kita sedang berperang dengan Virus Covid 19... Atau nama lengkapnya Corona Virus 2019... Virus yang kita tak mampu lihat dengan mata kasar kita! Tetapi berada di mana mana... Menunggu masa untuk menyerang kita! Alllahuakbar!

Hari ni... Saat jari ini menaip... Di Malaysia... Dah masuk hari ke lima perintah berkurung di rumah... Ada lagi 9 hari lagi untuk kita lalui perintah kerajaan ini... Dan berkemungkinan... Jika tiada penurunan kes... Perintah berkurung ini akan ditambah ke 14 hari lagi... Allah... Allahhh... 

Apa nak jadi dengan kita rakyat Malaysia ni? Bahasa apa lagi yang korang nak Perdana Menteri kita sampaikan? Bahasa Alien ke? Aku rasa  Perdana Menteri kita... Tak cukup dengan bahasa rasmi... Dia siap cakap bahasa pasar lagi nak kasi rakyat Malaysia faham! Merayu rakyat kita... Duduk rumah! Stay home! Nurse... Doktor... Frontliner... Delivery! Semua angkat sepanduk! Merayu kita semua duduk rumah... Sedang mereka berhempas pulas berperang dengan Covid 19!

Namun... Masih ramai yang ambil ringan! Masih berkeliaran! Lepak lepak santai... Siap balik kampung macam cuti cuti Malaysia! Berkelah tepian pantai seolah masalah negara bukan masalah aku! Kenduri Kari kepala kambing seolah persetankan kerajaan kepala bapak kaw! Polis tunggu kaw main dam sampai naik haji! Kaw joging senam jantung semata kaw nak buktikan kat polis kaw tu pakar jantung! Ahhhh... Macam macam kebodohan yang rakyat Malaysia tipikal ini cuba buktikan! Akhirnya akta polis dicabul!

Tu belum lagi citer kaw bershopping bawak kaum kerabat! Penuhkan troli seolah esok nak kiamat! Sampai tak tinggal seketul kepak ayam pun untuk orang belakang! Beratur bayar macam kaw sorang jek yang kaya tapi tak jaga jarak! Tak pakai mask! Pentingkan diri sendiri! Ye lah... Kaw tak nampak macamana rupa Virus Corona tu kan? Bayangkan kalu kaw boleh nampak dengan mata kepala lutut kaw tu! Mahu semua bertempiaran lari macam nampak Zombi! Betul kan?

Masih ramai contact suspect Covid 19 ini berdegil tak mahu buat saringan... Terutamanya 4,000 tabligh yang masih diburu hingga kini... Allahu... Kaw pergi majlis ilmu agama Islam... Islam tak ajar untuk kaw pentingkan diri... Ye betul Islam mengajar kita berdoa untuk berserah kepada Allah... Tapi... Berdoa semata mata tanpa berusaha dan bertindak mengancam nyawa bukan ajaran Islam yang hakiki... Kalu macam tu... Aku cabar kaw! Kaw jangan makan sepanjang 14 hari! Kaw doa jek... Tengok boleh kenyang tak? Tapi sampai saat ni dalam kaw menyorok... Kaw mencekik kedarah jugak kan??? Bini kaw masak kan? Esok bini kaw mati kena Covid sape nak masak untuk kaw??? Mereput laa situ... Elok elok wabak mati syahid... Kaw mati stupid! Jadah! 

Jangan sampai... Kerana pentingkan diri... Suatu hari nanti... Semua orang di Malaysia ni tak mampu nak tadah doa makan! Sebab tak ada makanan pon nak dimakan! Hari hari kaw kemurungan... Hari hari bukak FB Virus Corona... Bukak Instagram Virus Corona... Bukak Whatsapps Virus Corona! Corona! Corona! Corona! Lambat laun bukak dompet MERANA! Haaa baru padan mukaaa kaw!

Kaw nak nyawa semua ahli keluarga kaw diragut ke baru kaw nak sedar? Kaw nak kerajaan umum perintah darurat ke baru kaw nak sedar? Kaw nak askar heret kaw... Bantai kaw... Kurung kaw... Baru kaw nak sedar? Bak kata pepatah Cina "Jangan sampai kita dah nampak keranda baru kita nak menangis!"...

Tahu tak U'Ouls? Apa beza orang Wuhan dengan orang Malaysia? Ehh... Ini bukan nak Chia Chia Chia Sepahtu Reunion ye... Aku seyes! Orang Wuhan... Bila mereka dah tahu yang diri mereka ada contact dengan Covid 19 ni... Mereka terus bergegas ke Hospital untuk dapatkan rawatan... Tapi... Orang Malaysia kena berjemput... Kena berpujuk... Berayu nak suruh pergi... Plus package drama menipu lagi! Suruh buat saringan free pon tak nak... Saringan jek pon... Bukan suruh pegi mati! Tindakkan kaw menyorok lagi keji dari Orang China yang meludah di lift untuk sebarkan lagi virus!

Dan tahukah U'Ouls berapa kos untuk buat saringan Covid 19? Harganya bermula RM 600 ok! RM 600! Kalu bayar sendiri kena bayar RM 600! Ada kes... Kena buat 2 kali saringan baru dapat tahu diri bebetul positif Covid 19... Haa kaw kira laa sendiri! Kosnya dah RM 1,200! Haa faham ke faham????

Ehhh... Panjang pulak aku bebel... Ha Ha Ha... Aduhaii... Aku bukanlah orang yang arif dalam Covid mengCovid ni... Apa yang aku bebelkan hanyalah pendapat peribadi aku sahaja berdasarkan fakta juga ye... Dan... Ikuti pengalaman anak saudara aku berkurung 50 hari di CHINA! Hahhhh! Yeahhh! Ini kisah benar ok...

Bebaru ni... Anak buah aku si A bukan nama sebenar... Yang sekarang ini tengah buat Master Pendidikan di Shandong University, China... Inform seantro family... Mengatakan dia dihubungi oleh pihak media tempatan Malaysia... Fuziah namanya... Si Fuziah ni interview si A melalui Whatapps... Dia mintak si A untuk muncul secara live di media pada jam 2 petang, Sabtu, 21 March 2020... Tapi... Disebabkan si A ada online class pada waktu tersebut... Jadi... Si Fuziah ni minta untuk si A buat video... Interview ini secara video ye... Dah siap siap edit... Si Fuziah dah siapkan soalan awal awal pada si A untuk dijawap...

So... Aku ni tunggulah si A ni muncul secara live pada hari semalam... Tapi... Sesi untuk si A ditunda waktu malam jam 10.00 malam pulak... Al-maklum waktu siang semua menteri nak buat live... So... Terpaksa beri ruang untuk menteri selesaikan masalah negara!

Aku minta maaf ye... Untuk menjaga privasi di blog sendiri... Aku tak akan berikan link media tersebut... Pepandai U'Ouls la cari... U'Ouls kan pandai bab mengoogle ni... Ha Ha Ha... Cuma apa yang aku nak kongsikan di blog aku ni adalah sebahagian yang tidak diceritakan di media tempatan tentang si A.. Sebab interview tu pon kejap jek... So apa yang penting jek disampaikan... Detailsnyaa... U'Ouls boleh baca sini... OK? He He He...

By NST... 

Maka... Tunggu lah lagi... Si A bersiaran... Tapi... Sebelum tu... Pihak media dua kali posting reminder Live interview tu yang akan diadakan jam 10 malam... Dua kali ok! Punyalah pihak media nak sangat orang ramai tengok live si A ni... Aku bukan nak puji dan bangga ke apa... Sebab si A ni memang dah selalu pon masuk berita... Masuk surat khabar dan TV pon sejak dia dibangku sekolah lagi...  Dia dah banyak harumkan nama negeri dan negara dalam banyak acara... Tapi bukan itu aku nak citer... No! Bukan! Tapi... Ini soal Covid 19! Ini soal dunia! Ini soal negara dan rakyat Malaysia! Jadi... Tolonglah! Ambil iktibar dari apa yang si A sampaikan untuk rakyat Malaysia

By Berita Harian... 

Waktu Covid menyerang Wuhan dan seantero China secara mendadak... Sehinggalah diumumkan full Lock Down... Kebetulan si A tengah demam... Siap dengan package batuk dan selesema! Ya Allahhh... Aku ni macam nak pecah jantung waktu tu... Takut dia kena Covid 19! Aku tak banyak nak ganggu dia... Even Akak aku sendiri sebagai mak dia pon... Tak berani nak berbicara banyak dengan dia... Tak mahu emosi dia terganggu... Kami tahu perangai si A ni macamana... Biar Abang ipar aku sorang je yang handle si A... Tanya pasal keadaan si A dari semasa ke semasa... Dan Abang ipar aku contact sendiri duta Malaysia yang berada di Beijing... 

Dan si A hanya boleh dicontact melalui WeChat aje... Dia jarang bukak Whatsapps... Aku pulak tak ada akaun WeChat... Tak mudah ok nak apply akaun WeChat ni... 

Disebabkan si A demam selesema dan batuk... Jadi... Si A telah di quarantine oleh pihak universiti...  Dia terasing dari rakan rakannya... Terpuruk dalam bilik... Satu floor terpaksa dikosongkan... Tapi yang bestnya... Bilik quarantine yang disediakan macam bilik hotel U'Ouls! Ha Ha Ha... Makan minum si A dijaga... Tapi A kena masak sendiri sebab dia muslim... Bahan untuk masak di letakkan depan pintu jek... Ada nyonya hantar pekik pekik depan pintu... Ha Ha Ha... 

Sayuran dan keperluan makanan lain yang University si A sediakan... Boleh amik jek... Semua wakaf...

Barang makan untuk masak diletak depan pintu jek... Nyonya pekik suruh amik... Ha Ha Ha...

Ini lah hasil masakan si A... Cuma bubur sayuran jek...

Sayuran lagi.. Ha sepiuk si A masak... Padahal nak makan cuma dia sorang jek... Ha Ha Ha...

Si A akan dipantau tahap kesihatannya setiap hari... Kena amik suhu badan 2 kali sehari... Sehingga lah 14 hari! 14 hari terpuruk keseorangan! Macam macam rasa ada... Mental koyak rabak! Sedih pilu! Hopeless! Tak tahu apa nasib diri... Debar tunggu result kena Covid 19 ke tak... Allah! Besar sangat dugaan ini buat A dan keluarga... Aku sendiri pon tak dapat nak lelapkan mata waktu tu... Debaran kencang menunggu result Covid 19!

Disebabkan keadaan darurat di China waktu itu... Maka bekalan face mask pon tak mencukupi di hostel university... Dan pelajar tak dibenarkan keluar... Di Malaysia pulak banyak tempat dah kehabisan stock... Pelik! Waktu ni kat Malaysia bukan laa darurat pon... Yang kena Covid baru baru seketul dua... Malah pelancong dari China masih bebas keluar masuk Malaysia... Kurang nampak pon orang kita pakai face mask waktu ni... Tabligh pon tak berkumpul lagi waktu ni... Tapi bekalan face mask habis! Sebenarnya bukan habis... Saje farmasi sorok sebab nak naikkan harga bila Covid 19 makin teruk! Keji gilerrr! 

Adik si A cuma dapat sebungkus face mask 10 keping jek untuk di pos ke China... Waktu ni... Face mask umpama emas!  Pos pon amik masa... Tapi... Alhamdulilah sampai jugak ke China... Disebabkan face mask cuma ada 10 keping... Jadi si A terpaksa berjimat pakai... Dan terpaksa basuh dan pakai berulang! Nasib baik just duduk hostel jek... 

Pihak duta Malaysia di Beijing China... Hanya monitor si A melalui online sahaja... A juga diberi pilihan untuk pulang ke Malaysia atau stay di China... Percayalah! Keputusan ini sangat berat untuk A! A dalam dilema... Kalu dia pulang ke Malaysia... Dia kena tukar dua kali flight... Merentas Bangkok ke Kuala Lumpur hinggalah ke Johor Bahru... Dan... Paling penting... Dia bimbang... Dia akan jadi pembawa Virus... Dia tak nak kerana dia seorang... Semua keluarga akan dapat bala termasuk negara ku Malaysia... Untill that stage si A berfikir! Kalu anak anak manja yang lain... Sudah tentu sedang merengek rengek nak dibawa pulang... 

Tak macam sesetengah orang Malaysia bangang... Kaw dah tahu Covid 19 menyerang... Kaw lagi nak beramai ramai serang ticket kapal terbang murah... Haaa tepukkk! Bagus! Kaw pegi melancong sesuka hati pastu bawak sekali penyakit! Memamposkan keluarga sendiri! Memamposkan negara! Itu yang kaw nak kan???? Haaa tepokkkk! Bila terkandas kat negara orang... Kaw merayu di bawa  pulang!... Tak memasal kerajaan bazir duit rakyat menjemput kaw balik naik pesawat khas... Nape kaw tak mintak carpet merah sekali???? Sorry bahasa aku agak kasar... Bak kata Azwan Ali... Makikan aje orang macam ni! Honestly... Aku sendiri yang suppose ke Krabi pon aku cancel... Sebab tak nak jadi bencana!

Fikir punya fikir... Akhirnya... Si A memilih pilihan kedua... Pilihan untuk stay sahaja di China! Titik! Keputusan yang amat berani! Keputusan seorang Serikandi! Keputusan anak jati Johor yang tak akan mudah mengalah! A akan ikut sahaja peraturan dan arahan yang kerajaan China tetapkan termasuklah perintah berkurung! Ya Allah! A memang kuat!

Untuk pengetahuan... Bila China Lock Down sepenuhnya... Rakyat dikerah berada di rumah sahaja... Semua pengangkutan tidak dibenarkan bergerak atas jalan... Kecuali yang ada keperluan... Pengangkutan awam dibekukan sepenuhnya... Merata tempat dibasmi kuman... Semua ekonominya terjejas... Ada syarikat yang lumpuh... 

Dan tidak terkecuali... Biasiswa sara hidup si A yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan China telah ditarik! Bermakna A meneruskan life di China tanpa biasiswa... Tapi itu tak patahkan semangat A! Si A masih bersyukur sebab dia fikir masih ada yang nasib lagi malang dari dirinya... Dia just amik langkah berjimat cermat... Tapi itu bukan alasan untuk dia tidak dapat terus berada di China dan meneruskan pengajian...

Di China... Segala urusan pembelian barangan keperluan boleh dibeli secara online... Dan dibayar melalui apps wechat dan Alipay ye... Tak guna wang kertas dah... Nak kasi sedekah pon kena pakai apps... Aku dah share kat Instagram aku sebelum ni ye... Di China  dah tak guna wang kertas... Sebab banyak penipuan wang palsu... Kalau U'Ouls nak ke China suatu hari nanti... Kena prepare apps mereka ok...

Kita kat Malaysia? Berapa ketul jek lah pasar dan kedai online? Apa jadi ek kalu Lock Down sepenuhnya dilaksanakan? Nak shopping online Tesco pon dah tak available! Fikirlah!

Hari demi hari... Ujian 14 hari berkurung berlalu... Akhirnya A pulih dari demam... Bebas Covid 19... Dan dibenarkan pulang ke bilik dorm! Alhamdulilah ya Allah! Tapi... A tetap kena attend kelas tapi melalui online sahaja... Assignment pon hantar melalui online... Canggihkan China ni... 

Tak macam Malaysia... 14 hari terkurung... Selama itulah pelajar tak pegi sekolah... Tak hadir kelas... Membatak! Aku ada terbaca status kawan aku yang lanjutkan pelajaran di Malaysia... Boleh pulak si pensyarah mahukan semua student hantar assignment guna pos!!! Possss! Possss! Mampos!!!! Kebodohan apakah pensyarah di Malaysia ni????????????? Berapa banyak pokok kaw nak tebang nak hasil kan kertas??? Adesss....

Dan... Semakin berhari berkurung di China... Stock face mask pon dah banyak di China... Bekalan mencukupi... Maka... Memakai mask juga termaktub dalam undang undang China ye walaupun hanya di sekitar dorm universiti... Ye lah kan... Kalu China mampu bina hospital dalam masa 10 hari... Apalah sangat nak jahit face mask pon kan? Ha Ha Ha...

Haaa... Bercakap pasal face mask... Kaw tengok lah perangai orang Malaysia... Dalam keadaan darurat ni... Seperti yang aku jangka... Banyak farmasi yang amik kesempatan naikkan harga face mask yang tak munasabah! Please ye... Perangai kaw lagi komunis dari negara komunis! Orang China bina Hospital tak mintak satu sen gaji pon dari kerajaan... Mereka curahkan tenaga bina hospital tanpa dibayar gaji! Mana integriti korang sebagai rakyat Malaysia???? Penuhkan tembolok sendiri????

Hari ini... Genap 50 hari si A melalui perintah berkurung di China... Dan baru 5 hari kita di Malaysia dalam kurungan yang sama... Bezanya kita dan China... Bukan sahaja dari segi teknologi tapi MENTALITI... Ye... Sebahagian rakyat China pada awalnya pon degil juga macam sebahagian rakyat Malaysia... Tapi akhirnya... Rakyat China terpaksa akur bila kekerasan terpaksa dikenakan ke atas mereka...  Dipukul dibantai semata mata nak rakyat terus berada di rumah tak merayau tanpa sebab... 

Tindakan China yang terkadang melanggar hak asasi manusia dikritik oleh negara barat... Tapi... Kalu terlalu berlembut macam Italy... Kita akan dengar lebih banyak kematian setiap hari mengalahkan China... Hakikatnya... Tindakan China hari ini telah berhasil apabila berjaya menurunkan kadar jangkitan dan meningkatkan kadar kesembuhan... Apa jadi dengan negara barat? Adakah mereka akan jilat ludah sendiri selepas ini? Dah beribu jugak kan dah mati? Lembut lah lagi!

Di Malaysia pula... Sudah di nasihat pon tak dipakai... Pekik... Siren... Maki hamun pon.. Tak berguna... Macam bercakap dengan ranting mati! Mungkin kekerasan seperti di China perlu dilaksanakan! Kalu perlu di denda dan diheret ke penjara... Buatlah! Asalkan Covid 19 tak terus merebak!

Kita sebagai rakyat Malaysia dan Muslim... Laluilah ujian dari Allah ini dengan hati yang tabah! Semoga kita di Malaysia ini sekuat si A yang berada di China... Mungkin Allah sudah mulai bosan dengan kita kerana dosa dosa kita yang tak terhitung... Di saat segala pintu di luar sana tertutup... Hanya satu pintu yang masih terbuka... Pintu apa? Pintu taubat! Banyakkan lakukan perkara sunat... Seperti solat sunat... Zikir... Mengaji Al-Quran dan sebagainya...  Berpuasalah... Jangan asyik nak ulang alik dapur... Solatlah diawal waktu... Dunia ini sudah penat kita kejar... Ambillah peluang ini untuk berehat dan mengejar akhirat pula... Hidup itu realiti.. Mati itu pasti.. Mantapkan amalan kita sebagai hambanya... 

Berhentilah menyalahkan China... Kerana rakyat mereka juga diuji hal yang sama... Malah China sanggup memberi bantuan kepada kita di Malaysia... Put yourself in others people shoes! Bagaimana jika Covid 19 itu yang memula muncul di Malaysia? Mampu ke kita nak tahan makian dari negara lain?

Hari ini... China sudah hampir kepada kemenangan dalam peperangan Covid 19 ini... Jika kita masih dengan mentaliti koyak yang asyik menyalahkan orang lain dan merasakan diri ini terlalu sempurna... Sampai bila bila lah kita tak kan menang dalam apa juga peperangan! Peperangan yang paling sukar adalah berperang dengan diri sendiri! Ambillah iktibar dari apa yang berlaku di China... Italy... Dan negara lain...

Akhir kata... Sayangi diri... Duduk di rumah... Patuhi undang undang... Putuskan rantaian Covid 19 ini... Insyallah... Kemenangan akan jadi milik kita! Aminnnn...




- XOXO -

41 comments:

  1. Rakyat msia DEGIL! Sampai dah lena kerah tentera...boleh dok lepak kat luar umah lg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu bahasa apa lagi nak cakap... Sembur pemedih mata jek kot makannya!

      Delete
  2. Fuhhh sgt bermanfaat entri ni...tolongla baca dam ambik iktibar..bilanga kematian makin bertbah bilangan yg di jangkiti jgk bertambah..penyakit yg belum ada ubat..tlg la..x susah pun..stay a home dan buat apa yg KKM sarankan..bukan susah pun..jgn nanti bekalan makanan terputus..siapa rugi..kasihan kpd staf hospital..ini ujian dari allah jadi tlg la ikut arahan

    ReplyDelete
  3. Mmg ada hilmah dgn apa yg berlaku..ujian dari allah..allah nk lihat sejauh mana manusia ingat dan minta pertolongan dari nya..adakah manusia masih kejar dunia? Jawapan YES...takut x cukup mkn sanggup beratur berjam2 nk masuk mall..tp kalau bab surih baca al-quran..1 muka surat pum dh rasa lama..note to myself

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca skrg pon mcm x menentu seolah sedih tgk kita!

      Delete
  4. Semakin hari bil affection makin bertamah..kalau rakyat msia masih lg berdegil..penyebarqn wabak ni x akan terhenti..fikir fikir kan la jgn penting diri

    ReplyDelete
  5. Thank you to SS share pasal entri ni..love u πŸ’‹

    ReplyDelete
  6. Ya allah... lindungilah kami... aammmiinnn

    ReplyDelete
  7. JM pun dah tgk rakaman vid tu..menitik air mata..50hari!!! Kita ygg baru 5 hari ni pun..allah shj yg tahu..mari kita saam/ doakan supaya allah beri bantuan..selamatkan semua umat manusia dari penyakit ini aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu A diquarantine SS kat umah Jay Emm kan? Huh! Panik kejap

      Delete
  8. Tulah rakyat China sampai kena kurung okeh. Tengok berita CGTN memang tak nampak kenderaan langsung. Doktor dan jururawat tak balik rumah, duduk satu tempat khas.
    Kita ni syukur cuma kawal pergerakan je. Risau juga. Moga kita jadi contoh yang naik. Mana tahu kita 2 minggu je dah dapat turunkan graf jangkitan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang undang china lagi keras dari kita... kerajaan kita dah cukup berlembut tu pon x dgr kta lg! Adesss

      Delete
  9. #STAYATHOME

    Thank you untuk perkongsian ini SS.
    Kesian tengok frontliner nurses docs bekerja untuk rakyat malaysia. Siap kena buat PPE pakai plastik. Allahu.
    Bilangan kematian makin naik. Moga rakyat malaysia bantu sama2 dalam perintah kawalan pergerakan ni. Jangan la jadi degil macam Italy sampaikan kerajaan surrender. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frontliner doktor nurse pon ada keluarga juga kan... mereka pon ada perasaan dan kepenatan! Doakan agar mereka dikurniakan kekuatan! Mereka wira yg x didendang tapi besar jasanya!

      Delete
  10. Jarang fokus macam ni baca. Kuatnya dye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha... biasa baca mesti ala kadar jek kan... 😬... A memang kuat... dia survive!

      Delete
  11. Degilnya rakyat Malaysia ini sampai tak tahu nak buat apa.. Polis tegur cara baik, Diva AA maki hamun.. Banyaklah tapi diorang tetap selamba berkumpul, bersiar-siar.. kita pula yang seram dan stress menengoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni rasanya dah beberapa org kena tangkap... dan kena denda RM 1k... Huh!

      Delete
  12. Baca pengalaman anak saudara SS ini sangat menginsafkan.. Dahlah berseorangan, namun tabah dan terus kekal di China demi untuk tidak merebakkan wabak.. Semoga Allah terus melindungi anak saudara SS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sadis sebab berada dinegara pertama kena wabak... Cabarannya tak sama macam negara kita... Di China amalkan kurungan Draconian... Lagi zalim dari kita....

      Delete
  13. Hye SS.. lama tak singgah sini.. Semoga dalam perlindungan Allah ye..
    Take care and stay safe.. Salam sayang dari Sha..

    ReplyDelete
  14. Suka nya baca entry awak ni sebab komprehensif sangat pasal perangai rakyat Malaysia!!! Thumbs up! Totally agree with u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Million Thank Mas... Semoga Allah pelihara kita semua... Aminnn....

      Delete
  15. Terima kasih atas pesanan SS! Mudah-mudahan kita dapat keluar dari wabak ni, lepas tu boleh travel balik macam dulu2 kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Khai! Jangan putus doa! 🀲🏻

      Delete
  16. wow satu pengkongsian yang hebat
    memang jauh beza mentaliti kita dgn negara china..
    setuju klau manjakan sangat rakyat malaysia
    x mustahil akan jadi mcm ngaara itala
    baik kita mgelak dri terkena..

    btw keputusan si a tu memang bijak nak kuarantin
    bayangkan klau dia balik memang akan bawa virus kalau dia positiv covid19
    hebat smgat dia..

    ReplyDelete
  17. wow satu pengkongsian yang hebat
    memang jauh beza mentaliti kita dgn negara china..
    setuju klau manjakan sangat rakyat malaysia
    x mustahil akan jadi mcm ngaara itala
    baik kita mgelak dri terkena..

    btw keputusan si a tu memang bijak nak kuarantin
    bayangkan klau dia balik memang akan bawa virus kalau dia positiv covid19
    hebat smgat dia..

    ReplyDelete
  18. wow satu pengkongsian yang hebat
    memang jauh beza mentaliti kita dgn negara china..
    setuju klau manjakan sangat rakyat malaysia
    x mustahil akan jadi mcm ngaara itala
    baik kita mgelak dri terkena..

    btw keputusan si a tu memang bijak nak kuarantin
    bayangkan klau dia balik memang akan bawa virus kalau dia positiv covid19
    hebat smgat dia..

    ReplyDelete
  19. wow satu pengkongsian yang hebat
    memang jauh beza mentaliti kita dgn negara china..
    setuju klau manjakan sangat rakyat malaysia
    x mustahil akan jadi mcm ngaara itala
    baik kita mgelak dri terkena..

    btw keputusan si a tu memang bijak nak kuarantin
    bayangkan klau dia balik memang akan bawa virus kalau dia positiv covid19
    hebat smgat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Smpi 4 kali komen... πŸ˜… thanks reading 😁

      Delete
  20. Perghhhhh padu. Semuga Allah melindungi kita dari virus covid 19. Semuga Allah lindungi juga anak saudara Ss di China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn 🀲🏻... Thanks kak... Ah kak kena keja ke kat spital tu?

      Delete
  21. untuk murid sekolah, sudah ada pembelajaran online, saya tengok kawan-kawan saya yang cikgu buat kelas online, bagi kerja, masalahnya komitmen daripada murid itu kurang, mungkin juga ada masalah dengan line internet dan juga kemudahan seperti telefon bimbit dan laptop...untuk pelajar universiti macam UPM, dah keluar jadual kuliah maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn jd mcm kawan saya... pensyarah suruh anta assigntment pakai pos! Apooo tuuu?

      Delete
  22. ada banyak hikmah Covid19 ni. saya bersyukur merasai pengalaman PKP buat pertama kali, dan harapnya inilah kali terakhir. yang penting, selepas ini, saya pasti, pandangan kita tentang kehidupan akan berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak agak ada lagi ke cuti penggal utk tahun ni?

      Delete

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...