Thursday, 12 November 2020

Kembara Pontianak - Tugu Khatulistiwa

Entry sebelum boleh kaji SINI...


Bangun pagi... Raba raba badan sendiri... Alhamdulilah... Aku tak kena cekik dengan Pontianak malam tadi... Masih hidup lagi aku rupernya hari ni... Ha Ha Ha...

Pagi ni aku sarapan kat Hotel jek... Sarapan pagi kat hotel sedap sedap... Memacam jenis makanan ada... Aku mencekik tempe goreng... Tempe goreng Pontianak ni power giler... Kuat betul anti oksidannya... Sepanjang hari... Punggung aku berhembusan tak berhenti henti... Ha Ha Ha... Tak caya cuba ler... He He He...

Aktiviti aku pagi ni adalah terjah ke Tugu Khatulistiwa... Rugi rasanya kalu tak ke sana... Kalu kaw tak jejak kaki ke Tugu Khatulistiwa... Seolah tak lengkaplah perjalanan kaw ke Pontianak... So... Kenalah masukkan destinasi wajib ini dalam itinery U'Ouls ye... Dapat jejak kaki kejap pon jadi lah...

Macam biasa... Pagi ni call jek Grab... Cepat jek Grab sampai... Jarak dari Hotel ke Tugu Khatulistiwa tidaklah jauh... Mujur jugaklah laluan nak ke Tugu Khatulistiwa tak jem... Jalan bertentangan je yang ya allah ya ampunnn... Jem rapat rapat giler wehh... Sampai tak nampak jalan! Atas jalan penuh dengan speda... Speda tu motor ehh.. Bukan spender... Yang bawak motor tu pakai spender... He He He... 

Bertabahlah Grab ni nak meredah motor... Motor ni... Sampaikan jalan kita pon dia redah... Expect kita berhenti untuk dia... Ngeri wehhh...

Menyeberang Sungai Landak melalui Jambatan Kapuas... 

Sampai jek kat Tugu Khatulistiwa... Tetiba pintu gates ditutup... Alamak... Tak bukak ke? Rupanya kena masuk dari tempat parking...

Masa aku sampai tu... Masih awal pagi... Tapi pintu masuk Tugu Khatulistiwa dah dibuka... Tak ada pelancong lain kat situ... Hanya pekerja aje... Ada kedai Souvenir tapi tak bukak lagi... 

Nak masuk Tugu Khatulistiwa ni FREE jek... Tak perlu bayar pon... Just sign buku pelawat untuk rujukan jek...

Inilah bangunan Tugu Khatulistiwa...

Inilah penanda arah khatulistiwa tu...

Baca lah syarat sebelum masuk kat sini... Tak boleh rosakkan tugu ni nanti kena denda..

Tugu Khatulistiwa dirasmikan pada 21 September 1991 oleh H.Parjoko.S

Deretan kedai Souvenir tapi tak buka lagi...

Inilah dalaman Tugu Khatulistiwa... Time ni lah baru ramai pelancong masuk...

Ini penanda arah khatulistiwa dari dalam bangunan...

Alhamdulilah... We'Ouls dah berjaya mencipta sejarah sendiri... Jejakkan kaki di Garisan Khatulistiwa... Garisan ini ditandakan dengan marmar warna hijau eh...

HH senyum lebar nak poyo dengan orang kampung... Dia dah sampai Garisan Khatulistiwa... Ha Ha Ha...

Ada beberapa penerangan tentang apa yang berada di angkasa... Boleh lah baca...

Kejadian bintang dan matahari...


Setiap kali aku teringatkan Tugu Khatulistiwa ni... Aku teringatkan lagu Di Akhir Garisan... Sambil tak lupa betapa lebor terkangkangnya mulut Ning Baizura dan terangkatnya kening Ziana time nyanyi lagu ni... Ha Ha Ha... 

Sebelum akhiri entry ini... Aku dendangkan lagu Di Akhir Garisan untuk U'Ouls... Enjoiceeeee! Semoga terhibur... He He He...

DI AKHIR GARISAN

Cabaran penuh liku
lazimnya kan berlalu
bila cinta bersatu

Buang segala prasangka
yang datang tanpa rela
diatasi segera

Belum bersemi adanya sangsi
inilah nyatanya
walaupun pedih menguris tabah
harus kita fikirkan

Cinta sebenar ( naluri )
Ada sabar ( serasi )
Tiada gentar
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinya
Cinta yang diakhir garisan

Aku rela (sebutlah)
Jangan gentar (buktikan)
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinya
Cinta yang di akhir garisan

Setelah dengan ikhlas
Memberi tanpa balas
Usah diam membisu
Kau cari pintu hati
Kau buka dengan janji
Keikhlasan ku nanti

Jangan memendam luahkan rasa
Curahkan semua
Disitu kau dapat rasakan
Kebenaran menyala

Cinta sebenar ( naluri )
Ada sabar ( serasi )
Tiada gentar
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinya
Cinta yang diakhir garisan

Aku rela(sebutlah)
Jangan gentar (buktikan)
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinya
Cinta yang di akhir garisan

Walaupun kau masih mencari cinta
Jika kau berdusta kata
Hancurlah segalanya
Hatimu yang bersinar mencurah rasa
Terima semuanya
Dirimu yang punca bahagia

Cinta sebenar ( naluri )
Ada sabar ( nikmati )
Tiada gentar
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinya
Cinta yang diakhir garisan

Aku rela (sebutlah)
Jangan gentar (buktikan)
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinya
Cinta yang di akhir garisan

Cinta yang di akhir garisan
Cinta yang di akhir garisan

Cinta
Cinta yang di akhir garisan



BERSAMBUNG...

15 comments:

  1. kat indonesia ya Tugu Khatulistiwa ni? nampak menarik :D

    ReplyDelete
  2. Wah mulut ning ternganga jadi igaun ko ek...

    ReplyDelete
  3. pengalaman berharga, lepas ni boleh pergi greenwich pulak hehe

    ReplyDelete
  4. sempat jenjalan ek sebelum PKPB. akak tak ke mana2.. mmg gian betul nak jenjalan.. ahli rombongan ramai yang high risk. so duk rumah je lah.

    ReplyDelete
  5. Betul-betul di garisan buncit bumi sebab di tengah-tengah...eh ye ke. Pecah rekod tu pi jalan garisan kathulistiwa 00 kordinat.

    ReplyDelete
  6. Tugu yang simple tapi unik sebab ada penanda arah khatulistiwa tu.

    ReplyDelete
  7. Brader2 motor tu konvoi ke apa??? Penuh jalan ehhhh

    ReplyDelete
  8. Syoknyaaaaa. Sebelum ni dok sebut ja garisan khatulistiwa. Rupanya memang wujud noh garisan dia. Siap ada penanda lagi dekat pontianak

    ReplyDelete

Komen tu jangan skema sangat! Ha Ha Ha...