Friday, 10 September 2021

Kembara Pontianak - Pasar Sudirman

 Entry sebelum boleh imbas SINI...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera… Apa khabar saudara dan saudari… Ehhh! Dah nape aku terasa ayat aku dah macam perutusan Muhyidin Yasin pulak nih???? Ha Ha Ha… Muhyidin Yasin dah dalam kenangan... Zaman ni dah Ismail Sabri pulak jadi Perdana Menteri... Untung kita ni kan.. Keluar mengundi PRU cuma sekali aje.. Tapi dapat 3 Perdana Menteri... Ha Ha Ha...

Walau pon Pak Long Mail dah jadi PM... Aku tetap tak boleh rentas daerah rentas negeri rentas negara! Tahun ni masuk tahun kedua aku tak ke mana mana… Tak travel oversea… Walau Singapore hanya sekangkang monyet jek jaraknya…  Ya Allah! Rindunya nak terbang bebas macam dulu!

Untuk hilangkan rindu… Marilah kita sambung kisah aku di Pontianak… Ha Ha Ha…

Pagi ni… Lepas sarapan… We’Ouls pon mengorak lah langkah… Ke mana? Ke Syurga U’ouls! Ha Ha Ha… Syurga membeli dan membelah! Amboihhh kemain kaw.. Celik celik jek dari membuta nak perhabis duit sesaja… Mementang bawak duit juta juta ria… Kah Kah Kah…

Ke mana kita? Ayuhhh! Kita ke Pasar Sudirman! Wahhhh! Kat Malaysia pon Sudirman tak buat Pasar… Sudirman nyanyi lagu jek… He He He…

Lautan Motor atau dipanggil Speda... Kalu aku nangis nak keluarkan motor paling belakang tu... Kalu atas bumbung boleh lah jugak try jolok... Ha Ha Ha...